You Are Reading

0

Veggie Beef Pilaf n Beef Tagine

ameeza77 Monday, February 6, 2012

Beef Pilaf ni simple aje masak dia, as I main hentam masukkan whatever bahan yg I nak :p

4 pot beras
air secukupnyer
250gm daging lembut yg dihiris nipis

1 biji karot dipotong dadu
1 cwn kacang kuda
1 batang jagung di sagat isinya
1-2 biji cili hijau dihiris

Bahan tumis
1 biji bawang besar dimayang
3 biji bawang putih dimayang
1 batang celery
1 sudu rempah morroco
3 rempah sekawan (lawang, pegaga n kulit kayu manis)

2 biji tomato dipotong dadu

Cara memasak nasi

panaskan minyak dengan sedikit minyak sapi
masukkan bahan tumis n masak hingga naik bau
masukkan tomato n kacau lagi
masukkan pula daging n kacau sebenar
masukkan rempah morroco dan kacau lagi sehingga rempah n daging sebati
masukkan karot, kacang kuda n isi jagung dan kacau
kemudian boleh la masukkan beras dan kaup balikkan dengan daging n sayur2 tadi
masukkan hirisan cili hijau
tambahkan air dan perasakan dengan garam n black pepper
masak sehingga nasi masak

Beef tagine ni pula I made in a pot aje, kes belum ada tagine di dapur ku ini, nanti2la kita cari tagine ni yer, belum tau lagi if kat Msia ni mana nak beli encik tagine yg sangat awesome!

Ihsan google

Beef Tagine in a Pot

500gm daging + tulang
2 sudu besar rempah morocco
sedikit garam
(semua bahan ini diperap semalaman)

Bahan Tumis
2 biji bawang besar dimayang halus
5 biji bawang putih dimayang halus
3 rempah sekawan (pelaga, lawang n kulit kayu manis)

3 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil ground ginger
2 sudu besar paprika

3 cwn air

10 keping dried appricot
1 cwn kacang kuda

garam n black pepper secukup rasa

kentang (optional)

Seperti masakan morocco yg lain, easy peasy je masak beef tagine ni, kalau ader tagine musti bertambah kick kot!

Panaskan sedikit minyak
brownkan daging yg diperap terlebih dahulu (8-10 minit)
masukkan bahan tumis kaup balikkan hingga layu n wangi
apabila bawang layu, masukkan tomato
tumiskan lagi n masukkan pula ground ginger n serbuk paprika
tunis lagi hingga bahan sebati
masukkan air, aprikot yang di belah 4 dan kacang kuda
perasakan dengan garam n black pepper
renehkan selama 2 - 3 jam dengan api yg perlahan dan sehingga kuah pekat
bila kuah dah pekat, I add on some potatoes n masak lagi hingga kentang empuk
serves with some fresh coriander

Walla!!

0 comments:

 
Copyright 2010 four.of.us