You Are Reading

0

Orange Salad vs Spicy Morrocan Rice

ameeza77 Saturday, February 4, 2012

Adoi.... Iman sapa tak tergugat? Hari nih abis punah diet dek 3 sudu besar nasi, setelah 12 hari berkobar2, bila dok masakkan hubby n kids, lidah tu teringin sangat nak merasa, memula sesudu, eh sedapla.. tambah sesudu lagi, nah ko... cedok sesudu lagi! tak leh jadi cm ni, hangkat kaki bangun, pinggan masuk sink, tergoda sangat2 u!

Apa yg ditergodakan sgt tu? My homemade Nasi Morocco Berempah, dah penat2 mengisar rempah Ras Eel Hanout, aroma rempahnyer mengharumkan satu rumah! Hahah, meme tak ble tahan da, masa tgh masak pun asek dok calit2, cukup rasa ke bagai :p

My Version of Spicy Moroccan Rice with Chicken

My version ni gelap sikit, sebab kami suka rasa rempah tu. Puas at sgt2 la bila dapat buat sendiri :) If nak buat version ringan sikit, kurangkan la penggunan rempah morocco tu yer :) N my beras pun pendek2 jer pasal malas nak cari beras basmathi, pakai beras biasa jer!

Serves with green chillies, coriander n tomatoes sauce

Orange Salad with Orange Dressing :)

Kesimpulannya, tak menyesalpun rasa sampai 3 sudu tadi, tataula klu 3 sudu tu boleh perambat lemak naik 1 kg, tu meme melampau lar kan hihiks.... ++ happy nengok hubby n kids beriya makan, haiyi jer dok komen 'Umi, tak sedapla nasi umi ni' itupun lepas 2 kali tambah, bila ditambahkan ayam ke pinggan dia tersenyum sambung makan semula, tak sedap konon, grrrr!

For those yg nak cuba tu, here the recipe;

Spicy Morrocan Rice
5 pot beras
Ayam Seekor

Bahan A
2 labu bawang besar dimayang
5 biji bawang putih dimayang
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Bahan B
2 biji tomato di potong kiub
2 biji buah kiwi kering (ble cri kat tempat jual asam)

Bahan C
3 sudu besar rempah Ras El Hanout (ble kurangkan ke 2 sudu) dicampur sedikit air agar menjadi pes yg pekat. 4 sudu makan tomato sos.

Bahan D
1 biji karot dipotong kiub

Dah siap preparekan semua bahan, jom start masak

Panaskan minyak + sedikit minyak sapi
Masukkan bahan A n tumisla sehingga naik bau
Bila dah layu n wangi (biasalah Haziq akan jerit, Umiiii, wanginya bau! Umi masak apa??), masukkan pes rempah Ras El Hanout dan goreng sehingga terbit minyak.
Masukkan tomato sos n buah tomato yang dipotong kiub, n buah kiwi, kacau lagi sehingga tomato layu.
Masukkan ayam dan sedikit air, dan masak hingga sehingga separuh masak.

Tanak beras but kurangkan air separuh dr biasa
(pandai2la sukat yer, tapi kena ingat nanti air ayam akan turun)
Masukkan beras, air n karot ke dalam ayam tadi n masakla sehingga nasi masak.

Sos Cili, Daun Ketumbar n Tomato
5 biji cili hijau
2 biji tomato
Daun ketumbar
Garam n gula
1 biji Limau kasturi bersaiz L

Caranyer senang aje,
Blend semua bahan kecuali limau nipis
Dah siap blend perasakan dengan garam, gula n perahla jus limau nipis tadi!
Terangkat!!

For Rempah Ras El Hanout (biasanyer org masak beef tagine guna rempah ni), kenala rajin ckit membuatnyer yer, unless u guys order from kengkawan yg dok morocco sana :)

buah pelaga, ketumbar, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam n putih, disangai hingga naik bau. Kemudian blendkan hingga menjadi serbuk. Tambahkan dengan serbuk halia, serbuk lada cayenne, paprika, serbuk buah pala, rempah all spice n serbuk kunyit. Kalau ikotkan ader lebih 30 -50 jenis rempah yg digunnakan untuk menghasilkan Ras El Hanout ni, tapi yg di atas ni pun dah memadai.

I made banyak juga tadi, rasanyer boleh guna tuk 5-6 kali masak lagi tu :) Lepas ni boleh la tukar selera with moroccan food lagi :)

Muka budak kenyang :p

Mode ~ Ingat nak g jogging bakar lemak 3 sudu nasi, tapi hubby n the kids tgh nyenyak tido... kenyang lar tu ^.^

0 comments:

 
Copyright 2010 four.of.us