Showing posts with label On Weekend. Show all posts
Showing posts with label On Weekend. Show all posts
2

Weekend yg Suspen!

ameeza77 Sunday, February 19, 2012 ,

Suspen besok dah nak g praktikum :) Nebes sgt2 rase, macam la x pernah ajar kat school. Isk... semakin nebes sebab mcm2 nak kena buat n prepare, dalam masa yg sama maintain normal routine jugak...

Semalam ke Popular Bookstore, Haziq n Haiyi enjoy sgt membeli n membelah... tengok ajela antara barang2 yg diaorang borong, belum lagi dengan stationary bagai :)

Lunch pulak bawa the boys makan kat Jaring aje. Balik da petang, masak spaghetti cincai aje. So today bekfes baru la buat proper sikit, boleh la isi perut depa sampai noon.

Baked beans served with scrambled eggs, wholemeal bread, sauteed veggies, cucumber n tomatoes.

Tghari ni masak nasi ayam aje, tapi ayam tu wat spesel sikit, baked with rempah2 gitu, so boleh la I join makan sekali ^.^. Malam kang pula mcm nak goreng aje nasi ayam yg balance tadi into nasi goreng...

Mode ~ Oh esok, sila berbuat baik dengan saya!
0

Food Update Lagi

ameeza77 Monday, February 13, 2012

Ni saje je nak update what I made semalam for lunch, layan picca aje la yer :)

Sotong Masak Itam

Telur Dadar Mayonis

Sup Sayur

Lagi Muka Budak Kenyang :p

Malam buat keow teow goreng jer for them, tapi tak sempat nak snap pica, Haziq dah sibok lapar, but because the keow teow was a bit spicy, Haziq makan tak abis la pula, Haiyi? Huish! Licin pinggan !


0

Weekend Yang Meriah!

ameeza77 Monday, December 14, 2009
Minggu lepas merupakan minggu yang sungguh meriah! Meriah kerana kami sekeluarga berjalan tak berhenti-henti, dari satu destinasi ke satu destinasi. Walaupun jarak antara destinasi tu tidak berapa jauh, tapi cukuplah untuk membuat badan penat dan kekeringan air...

Kami bertolak dari rumah agak lewat. Destinasi pertama ke rumah kawan di Banting. Sampai Banting pun dalam pukul 12 tengahari. Kami singgah di mcD untuk mengisi perut terlebih dahulu. Terlanjur makan, hubby pun tinggalkan me dengan anak2 untuk bersembahyang jumaat. Oleh kerana hari lahir Sultan Selangor jatuh pada Jumaat lepas... sembahyang jumaat berlangsung agak lama dari biasa ... dekat jam 2.30 barulah hubby sampai ke mcD dan kami terus ke rumah kawan yang terletak berdekatan Pantai Klanang.

Brunch kami di mcD


Menjamu selera sambil berposing...


Baby Riaz Sofeya yang baru berusia seminggu ...


Kemudian kami bertolak ke Desa Subang. Kami sampai pun dah dekat maghrib. Me sememangnya dah plan mengajak adik ipar untuk membeli dan membelah tudung2 indon. Namun, kerana kami sampai lewat petang, kedai2 di Kota Damansara dahpun tutup. Selepas makan malam di rumah adik ipar, kami pun menuju ke uptown kota damansara. Oleh kerana malam Sabtu lepas ada pasar malam di sana, orang2 yang menjual2 tudung dan barangan2 lain membuka gerai2 mereka agak lewat. Kami naik semula kereta dan adik ipar membawa kami berlegar2 sekitar kota damansara. Lebih kurang pukul 10 malam, kami ke uptown semula. Peniaga2 masih dalam proses membuka gerai2 di sana. Kami duduklah minum2 dan makan2 sementara menunggu semua gerai barang dibuka.
Menu ringan kami, 'tahu bakar' dan 'sotong kangkung'.


Haziq, Haiyi dan Nasyif menjamu selera


Esoknyer, hari Sabtu...semua terbangun lewat, maklumlah... sampai rumah pun dah pukul 2pagi... tapi hari Sabtu ni lagi panjang dari Jumaat sebab kami sekeluarga terpaksa ikut hubby buat kerja luar. Lama juga kami semua menghabiskan masa dalam kereta. Turun hanya sekali sekala untuk makan, ke tandas dan meregangkan otot2....

Nasi Kukus Gulai Kawah - brunch kami pada Sabtu lepas


Keboringan... pelbagai eksperesi dari Haziq n Haiyi

Dinner @ PutraThai


Ahad keesokan harinya kami menuju ke Paroi Jaya Seremban pula seawal 10.30 pagi. Beratnyer badan nak pergi tapi kami gagahkan juga. Lebih kurang12.30 tghari kami sampai di destinasi kami dan berehat lebih kurang sejam sebelum berarak bersama2 pengantin ke lokasi persandingan. Walaupun cuaca teramatlah panas, Haziq dan Haiyi lah yang paling seronok kerana dapat berarak dengan pengantin dan budak2 kompang.

Sekitar persandingan cuzzy Naziah dan Adib di Paroi Jaya

2

Kuali Terbakar

ameeza77 Sunday, July 26, 2009
Huhu, i like this entry cause masih terasa2 lagi Char Keow Teow nih kat lidah skang. Macam biasa every Saturday mesti gi pasar malam sabtu dekat2 ngan umah tu, hajat at nak beli la young tau fu kat bro yang berniaga kat situ since me sekolah rendah lagi. Bayangkan now anak2 bujang dia laks yang amek alih n bro tu ngan wife dia dah jarang2 datang. The best is kuah dia tak pernah berubah rasa. Malangnyer, bro tuh x der laks.

Haziq plak sibok nak makan keow teow kawah dia. Dulu sebungkus 1.20, klu naik pon maybe la 1.50 - 2.00, tapi kawah2 meals kat klang nih dah standard 2.50, laksa yang dulu 2.00 skang dah naik 3.00 macam kat restoren plaks. Bapaknyer mahal. Ah! keow teow kawah Haziq pon x der juga, nih yang nak marah ni.

Jalan punya jalan kat pasar malam yang sekangkang kera tuh, me beli la murtabak 2 keping cause budak2 nih loves it very much. Then, terjumpa Char Keow Teow yang my hubby beli last week. Apa pun x der, beli jer la since bro tu masak ok juga. My hubby sempat laks 'menyenap' pics bro tu masak upanyer. Haziq n Haiyi seronok tengok kuali terbakar ...........



p/s - masa me kecik2 dulu me suka sangat makan es krim yoyo, es krim tuh dpa jual dalam cup jer. Ada macam2 perisa yang dpa bagi dalam satu cup - yam, laychee, asam boi, oren, kacang merah n last skali toping ngan kacang :) sampai skang auntie yang sama jual es krim tuh, cuma skang macam anak or maybe cucu dia laks yang jaga :)

seronok rasa even me dah ader anak 2 tapi me masih leh makan food yang me makan masa kecik2 dulu, n anak2 me pon dapat rasa juga.

dulu me tengok kakak yong tau fu tuh bawa perut masa dia berniaga, then turn dia laks tengok me bawa perut in my both pregnancies. Now sempat berkenalan laks ngan my children .... indahnyer dunia ni kan ... :)
 
Copyright 2010 four.of.us