Inilah seluar katok biru.
Seluar katok kepunyaan seseorang.
Seseorang yang x bernama
Seseorang yang meninggalkannyer dengan sengaja.
Inilah seluar katok biru.
Seluar yang kami jumpa di beranda rumah orang tuaku
Meninggalkan kenangan pahit buat adik ku,
sekali gus mengharu birukan kami semua.

Inilah seluar katok biru
Seluar katok biru yang membawa derita
Derita hati kecil adiku
Kerana laptopnyer telah tiada
Hp buatan China kesayangnya juga telah tiada
RM 150nyer juga disapu bersih empunya si katok biru
Yang ditinggalkan di beranda orangtuaku
Empunya si katok biru sungguh up to date
Tahu bermain peralatan letrik
Mungkin pandai berblogging dan berfb
Mungkin membaca nukilan ku ini
Habis adapter pon disapu
Wifi receiver pon x ditinggalkannyer
Mentang2 ini tahun 2000
Memecah rumah dengan pelan biru (blue print)
Inilah seluar katok biru
Bukti jenayah yang ditinggalkannyer.....
Yang akhirnya bapaku humbankan ke atas api
Dengan sedikit jampi untuk memujuk hati
Hati adikku yang hancur lebur
Dek perbuatan keji empunya si katok biru.
Buat adik ku, semoga kau tabah dan redha, mungkin bukan rezekimu lagi. Bersyukurlah sungguh semuanya selamat dan tidak di apa-apakan. Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala kejahatan di atas dunia ini, amin.