You Are Reading

2

Al Fatihah

ameeza77 Tuesday, August 13, 2013


Al Fatihah buat ayahanda tercinta yang telah pulang ke rahmatullah pada 17 Ramadhan 1434.  Sedikit coretan dari tarikh kemalangan untuk kenang2an aku dan anak2.

8 Ramadhan 1434 (Rabu 17 July 2013)

6.30ptg
Hari yg sgt sibok kerana terpaksa mengagih2kan dessert ke beberapa buah rumah berdekatan. Seawal 4 ptg dah berada dalam kenderaan dan menghantar dessert di sekitar kg jawa dan andalas. Berpatah semula ke andalas untuk mengambil haziq n haiyi dr sekolah agama. Haziq mengeluh dan ingin berbuka di rumah atok, namun ku sangkal bersahaja walaupun tiada apa di rumah untuk berbuka. Panggilan masuk dr pja berkali2 tapi kudiamkan sebentar kerana sedang memandu. Haziq turun ke kedai runcit sambil merungut2 (nak buka umah atok juga) untuk membeli mee dan udang. Hajat hati goreng mee ajela untuk buka mengenangkan masa yg tingal lebih kurang sejam sahaja lagi. Naik ke rumah dan dalam keadaan kelam kabut meletakkan bahan2 masakan dalam sink n mula nak menyiang udang. Panggilan masuk lagi, kali ni dari suami. Haziq yang menjawab kerana tangan ku hanyir berbau udang. ‘Umi babah kata atok eksiden’ dan talian dimatikan. Udang kucampak dan tangan kubasuh, dalam keadaan yang masih blur cepat aku menelefon suami semula. ‘Yang, ayang kat mana? Bapak eksiden..’ (beberapa informasi kuambil segera). Tubuh terasa bergetar, tangan n kaki terus sejuk, kami bersiap dan terus ke hospital.

7.00ptg zon kuning
Terus aku meluru ke ruang emergency. Haziq n haiyi ku tinggalkan di pintu emergency sejurus ternampak muka acif (anak adik no 2). Terlihat kelibat bapak di atas katil dan emak mendukung syifa. Ku lihat bapak, terdapat kecederaan di bahagian kepala kanan. Tangan kiri bapak mengurut2 tangan kanannya ketika itu. ‘Pak, meza datang…’. Ku lihat bapak mengangkat kepala dan memandang tepat kearah ku, bapak seakan mengerling dan memalingkan pandangannya kearah lain. ‘Bapak ko x ingat ja…’ kata mak. ‘Bapak ingat tu mak, meza kenal cara bapak pandang..’ kataku yakin. Syifa x berhenti2 menangis, terdapat luka besar seakan terseret di sebelah kanan muka, dahi dan bawah hidung. Luka besar juga di sebahagian tangan kanan berdekatan sikunya. Aku mengambil syifa dari emak.. memujuknya. ‘X apa… syifa kuat yer sayang… syifa kuat…’ kata ku memujuk. Ku lihat bapak menahan sebak, walaupun dia diam x bersuara…

7.30ptg masih di zon kuning
Suami sampai dan melihat bapak. Bapak masih diam x bersuara. Namun bapak cuba untuk turun dari katil. Emak memeluk kuat bapak. ‘Mak, nanti2..’ kataku melihat keadaan yang tidak sesiapa mampu fahami ketika itu. (kami masih dalam keadaan terkejut). ‘Cuba mak tanya bapak elok2, bapak nak apa…’ kataku pada emak. Tapi bapak masih meronta. Beberapa patah perkataan diluahkan tapi x dapat kami fahami ketika itu (hanya bunyi yang kedengaran). ‘Pak, napa pak.. bapak nak apa…’ kataku perlahan. ‘Tepi… aku nak turun, aku nak turun.’ Kali ini jelas kedengaran keluar dari mulutnya. ‘Tak boleh pak, bapak kat hospital ni, lepas ni kita nak x-ray.. bapak rehat dulu yer, baring yer…’ kataku. Bapak cuba berbaring, namun bapak seperti susah untuk bernafas, bila duduk pula bapak kelihatan seperti nak pitam. Beberapa kali bapak cuba untuk duduk dan baring, namun keadaannya semakin kritikal. ‘Dik, bila pakcik boleh x-ray ni, Berapa lama pakcik nak duduk mcm ni, baring sesak nafas, duduk macam nak pitam..’ tegurku kepada seorang misi dalam nada kurang sabar. ‘staff kita tgh berbuka kak.. sekejap lagi kak yer..’.
Tiada desakan keluar lagi dr mulutku (yang kukesal hingga kini).

9.00 mlm masih di zon kuning
Kelibat adik bradik bapak mula memenuhi ruang legar emergency zon kuning. Suami, adik lelaki (D) dan adib membantu menurunkan bapak dari katil ke kerusi roda untuk ke bilik x-ray. Balik dari bilik x-ray, bapak sempat mengangkat kepala dan melihat adik beradik n anak2nya yang hadir. Mata kami bertaut lagi… Aku difahamkan ct scan juga turut diambil dan disahkan bapak mengalami patah pada 3 tulang rusuk, 1 tulang selangka selain dari kecederaan otak. Bapak dipindahkan ke zon merah dan kami sekeluarga di minta menunggu di ruang menunggu waris.

11.00mlm bilik menunggu waris zon merah
Kami seakan putus harapan untuk mengetahui keadaan bapak. Pintu diselak dari dalam. (Menjadi sesalku juga kerana tidak bersikap tegas untuk update keadaan bapak di dalam). Akhirnya guard yang bertugas memanggil mak masuk seketika, katanya bapak meracau2. Kami tetap di luar, masih tertunggu2.

1.00pagi bilik menunggu waris zon merah
Dr Sofea keluar dan meminta maaf atas kelewatan yang berlaku. Beliau mengatakan pendarahan semakin besar. Mereka telah menghubungi beberapa hospital Sg. Buloh, Selayang n PPUM namun tiada bed. Masalah yg lebih besar ialah mereka tiada kemudahan ICU. Kami perlu menunggu lagi… sehingga pakar datang. Level of consciousness juga turun kepada 8. Dr. Sofea membenarkan kami masuk seketika. Selepas mak, ecah masuk ke dalam, kemudian pja dan anep (lamanya menunngu giliranku). Bapak tak sedar… bapak terbaring dengan wayar memenuhi badan. Kepalanya berbalut… bapak x sedar…

Kami setia menunggu. Sejak dari buka hanya air yang masuk ke perut. Pukul 4 pg kami berbuka dan bersahur sebentar di kantin hospital. Emak tetap begitu, x lalu makan. Hanya kurma dan air putih mengisi perut. Aku balik sekejap untuk mandi dan seterusnya tidur sebentar di dalam kereta. 8 pagi kembali ke ruangan menunggu.

9 Ramadhan 1434 (Khamis 18 July 2013)

8.00 pagi bilik menunggu waris zon merah
Ketika itulah dr Jaya memanggil untuk mendapatkan tandatangan untuk bedah. Belum sempat emak ku panggil, bapak telah mereka tolak ke OT. Kata dr Jaya, pendarah semakin besar dan otak semakin membengkak. Pembedahan perlu dilakukan untuk menyelamatkan bapak. Ya Allah.. selamatkan lah bapak ya Allah.. Alhamdulillah… pembedahan selamat. Namun bapak tetap tidak sedar… ya Allah beri kami kekuatan ya Allah, cekalkan hati2 kami ya Allah. 

Bapak ditempatkan di ICU 5C. Kami hanya dibenarkan masuk pada waktu2 melawat sahaja. Waktu ini ramai saudara jauh dan dekat dtg melawat. Malah kawan2 bapak dr zaman2 kerja di Telekom pun sampai. Nenek2 dan atok2 saudara, yang bertongkat, yang berkerusi roda semua turun melawat bapak. 3 kariah bapak membuatkan solat hajat n yassin untuk bapak. Rakan2 masjid juga silih berganti datang menziarah. Ya Allah betapa bapak menjadi kesayangan semua orang. Sayangilah bapak sebagaimana kami menyayanginya ya Allah….

4.30 ptg 11 Ramadhan (Sabtu 20 July 2013)

Bapak ditukarkn ke wad 3b, walaupun bapak masih belum sedar. Kami meminta bapak ditukarkan ke bilik yg lebih selesa, walaubagaimanapun dr tidak bersetuju kerana kurang kakitangan mahir. Kami akur memikirkan yg terbaik untuk bapak.

Kami adik beradik2 bergilir2 menjaga bapak. Roster dibentuk untuk memberi peluang kepada semua adik bradik mengadjust time bekerja dan menjaga bapak di hospital. Sesungguhnya aku amat2 bersyukur kerana dapat menjaga bapak setiap hari pada waktu siang.  Waktu malam kami penuhkan dengan solat hajat dan bacaan yasin untuk bapak.

(Ya Allah besar sungguh musibah yang kau berikan kepada kami ya Allah, besar sungguh ujian yang kau berikan kepada kami ya Allah... berikanlah keluarga kami kecekalan ya Allah, tabahkanlah hati2 kami ya Allah... Ya Allah hanya padaMU kami meminta ya Allah, panjangkanlah umur bapak, kembalikanlah kesihatannya ya Allah agar bapak dapat terus beribadat untukMU ya Allah, agar bapak dapat terus berada di sisi kami ya Allah… namun ambillah bapak Ya Allah, ambillah bapak dengan penuh lemah lembut seperti mana dia berlemah lembut dengan kami semasa kami masih kecil ya Allah, ambillah bapak dengan penuh kasih sayang seperti mana dia mengasihani kami semasa kecil ya Allah, ambillah bapak sekiranya itu yang terbaik untuknya ya Allah… ampunkanlah dosa2 bapak ya Allah, kasihanilah bapak ya Allah, kasihanilah dia ya Allah….)

(Ya Allah sesungguhnya berat sungguh ujian dan musibahMU ya Allah… belum pernah aku melihat air mata emak dan kami adik beradik jatuh sederas ini ya Allah, kau ampunkanlah dosa2 bapak ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dengan air mata yang sedikit ini…)

15 Ramadhan (Rabu 24 July 2013)

Tghari tadi bapak seakan2 terkena attack (seperti strok). Namun doctor menjelaskan keadaan tersebut sebagai ventilator fights. Kebetulan sewaktu kejadian ialah waktu melawat. Semua yang sampai tanpa bertanya terus membacakan yassin untuk bapak. Ya Allah, aku bersyukur dengan belasmu kepada bapak ya Allah.. betapa banyaknya kekuatan yang bapak dapat.. betapa banyakknya kasih sayang yang bapak dapat dari saudara mara dan sahabat handai. Namun aku x mampu menghadapi kejutan demi kejutan ya Allah.. bantulah aku yang lemah ini ya Allah… tidak tertahan beratnya hati ini melihat keadaan bapak beransur lemah, kesihatannya semakin mudarat… ya Allah berikan aku kekuatan ya Allah….

Malam ini giliran suami menjaga malam. Namun entah kenapa aku rasakan aku ingin berada di sisi bapak malam itu. Sebenarnya setiap hari aku dtg dr pagi ke petang. Ada perasaan takot yang menyelinap di hati, kiranya aku tidak berada di sisi bapak waktu2 aku diperlukan.

Berulang2 kali ayat kursi dan yassin kedengarkan ke telinga bapak. Bila penat, ku letakkan pula hp dengan bacaan2 lain. Pagi itu aku amat2 bersyukur (kira2 4 pagi), kerana banyak respon yang bapak berikan. Bapak mengenggam erat tangan, menggaru telapak tangan, mengangkat tangan mencariku. Ku bisikkan ampun, sayang dan terima kasih ku ke telinganya. Ya Allah puas benar rasa hati bila mendapat respon yang sebegitu dari bapak.

16 Ramadhan (Khamis 25 July 2013)

Aku tidak pulang ke rumah. Aku terus menjaga bapak hari ini. Tidak tidur sedikitpun tidak melemahkan semangatku untuk terus berada di sisi bapak. Air mata juga x berhenti mengalir setiap kali kalimah syahadah aku alunkan ke telinga bapak. Semakin deras juga air mata mengalir bila berganti2 surah ku jadikan halwa telinganya ketika itu. (Bapak… meza sayang bapak, itu sahaja yang dapat meza bantu pak… meza x terdaya berbuat yang lain).

17 Ramadhan (Jumaat 26 July 2013)

Pagi ini aku didatangi dr Chong dengan soalan yang begitu serius… perlukah mereka beri bantuan sekiranya jantung bapak terhenti? Kami seterusnya bersetuju sekiranya terdapat apa2 complication selepas ini, biarlah bapak pergi dengan tenang.

Lebih kurang pukul 11, dr ICU (dr Pratap) datang dengan hanya berseluar jeans. Mesti on call kerana Nuzul Quran hatiku berbisik. Selepas melihat2 fail bapak, dr Pratap membuat beberapa modifikasi pada mesin ventilator. Aku memerhati walaupun x paham. Selepas siap, beliau menuju ke bahagian admin. Namun aku terkesima seketika kerana melihat status mesin tersebut ‘Switch on to vent’. Dalam beberapa saat sahaja sebelum sempat aku memanggil dr kembali ke katil, tahap oksigen bapak turun mendadak dan ke tahap kritikal (40 – merah). Dr kembali datang dan meminta nurse membawakan bantuan pernafasan manual ‘bawa beg biru, beg biru!’ kata dr Pratap ketika itu. Dan segerombolan doctor masuk dan mula menutup tirai. Pja menjerit dan memanggil aku. Dr celah2 tirai itu aku nampak mereka memberikan bantuan pernafasan secara manual. Selang beberapa minit dr Pratap keluar dan meminta aku memanggil saudara mara datang. ‘The heart has stopped, they just need to confirm the time of death’. 

(Ketika itulah hujan turun dengan lebatnya… dan entah mengapa ruang dada yang sempit berhari2 sebelum ini seakan kosong, membenarkan oksigen masuk dengan banyaknya.) 

Telinga ku cepat menangkap bunyi mesin ventilator tersebut. Sebaik sahaja dr Pratap meninggalkan kami, tirai dibuka dan dr Chong mengesahkan bapak ‘kembali semula’.
‘Didn’t we agree not to help him for any complication this morning? Dr?’
‘Ya, ya kak… we are very sorry kak…’  Ya bapak kembali semula… 
(Dan hati ku tetap mengatakan bapak telah kembali kepada penciptanya)

Mahgrib itu, sebelum pja dtg sempat aku bacakan yassin lagi utk bapak. Kali ini air mata bapak tidak selaju hari2 sebelumnya. Mungkin itu sahajalah cecair yang tinggal lagi dr tubuhnya. Air mata itu bergenang lama di tepi pipi dan tidak jatuh2, lalu kubasahkan tisu dengan air zam2 dan ku lap mata bapak dengan penuh kasih sayang.

Walau bagaimanapun keadaan bapak semakin lemah, dos bius dan antibiotic dan pelbagai drugs lain ditingkatkan. Bapak tetap tidak sedar dan tetap dengan keadaan itu.

Melihatkan keadaan bapak yang lebih stabil dari sebelumnya.. aku berkira2 untuk balik. Dan… malamnya aku perlu balik juga, aku perlu sedikit tidur untuk hari2 esok. Dengan berat hati aku meninggalkan hospital. Itu pun selepas menyalinkan bapak. Memastikan bapak benar2 selesa, barulah hati sedikit tenang. Pelbagai pesan untuk pija n anep ku berikan. Aku balik juga…

18 Ramadhan (Sabtu 27 July 2013)
Seawal pagi aku mendapat panggilan dari pija. Kata pija… ‘along… ko kat ner? Datang hospital skang long, jantung bapak dah berhenti..’ begitu tenang pja menuturkan kata2 tersebut. Bergegas aku, suami n anak2 ke hospital. Dalam perjalanan aku telefon anep dan bertanya keadaan bapak.. dan inilah jawapan yang ku terima ‘ bapak dah pergi long, bapak dah meninggal…’.

(Ya Allah ya tuhanku, inilah lelaki terhebat dalam hidupku bergelar seorang bapak, seekor nyamuk pun dia tidak izinkan hinggap di tubuh ini, Pergi dan balik ku ke sekolah dan ke mana2 pun pergiku di hantar dan diambil, Lelaki inilah yang bekerja siang dan malam untuk memberi keselesaan kepada isteri dan anak2nya. Lelaki bergelar bapak inilah yang mengucapkan terima kasih kepada suamiku ketika aku diangkat menjadi isteri, lelaki bergelar bapak inilah yang membesarkan anak2 ku Haziq dan Haiyi dengan penuh kasih sayang seperti mana dia menjaga, membesarkan aku ketika kecil2 dulu. Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkanlah segala dosa2 bapak ya Allah, kau letakkanlah bapak di kalangan hamba2Mu yang beriman dan bertaqwa, kau tinggikanlah darjatnya di sisiMU ya Allah, kau letakkan lah bapak di antara ahli syugamu ya Allah, ya Allah kau lah maha pengampun, maha penyanyang lagi maha mengasihani ya Allah… )

Al Fatihah untuk arwah Haji Ahmad Pua’at Mustafa (16 Dis 1948 – 26 Jul 2013).


Mode: Berkali2 Allah datangkan aku dengan berita kematian orang2 tersayang, sama ada insan yang sepatutnya menjadi kesayanganku atau kesayangan orang lain. Namun tak pernah sekali pun hati ku dekat dengan kematian dan kesedihan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah masih sayang, Allah masih memberi aku kesempatan, kehilangan bapak benar2 mengajar aku tentang mati. Kehilangan bapak menyatukan kami adik beradik, mendekatkan saudara yang jauh. Terlalu banyak hikmah yang kau berikan kepada kami di atas pemergian insan kesayangan kami ini. Ya Allah, semoga sedikit sinar yang kau campak ke dalam hati ini akan terus bercahaya dan menjadi pelita untuk aku menagih sinar hidayahMU ya Allah.. tuntunlah aku berada terus di jalanMU, peliharalah aku untuk terus beristiqamah ke jalanMU.

2 comments:

nieja said...

baca n3 ni pon bleh nangis :(
takziah kak..
al fatihah

ameeza77 said...

thanks nieja... nieja pun dah kehilangan ayah kan... :(

 
Copyright 2010 four.of.us