Al Fatihah buat
ayahanda tercinta yang telah pulang ke rahmatullah pada 17 Ramadhan 1434. Sedikit coretan dari tarikh kemalangan untuk
kenang2an aku dan anak2.
8 Ramadhan 1434 (Rabu
17 July 2013)
6.30ptg
Hari yg sgt sibok
kerana terpaksa mengagih2kan dessert ke beberapa buah rumah berdekatan. Seawal
4 ptg dah berada dalam kenderaan dan menghantar dessert di sekitar kg jawa dan
andalas. Berpatah semula ke andalas untuk mengambil haziq n haiyi dr sekolah
agama. Haziq mengeluh dan ingin berbuka di rumah atok, namun ku sangkal
bersahaja walaupun tiada apa di rumah untuk berbuka. Panggilan masuk dr pja
berkali2 tapi kudiamkan sebentar kerana sedang memandu. Haziq turun ke kedai
runcit sambil merungut2 (nak buka umah atok juga) untuk membeli mee dan udang. Hajat hati goreng mee
ajela untuk buka mengenangkan masa yg tingal lebih kurang sejam sahaja lagi.
Naik ke rumah dan dalam keadaan kelam kabut meletakkan bahan2 masakan dalam sink
n mula nak menyiang udang. Panggilan masuk lagi, kali ni dari suami. Haziq yang
menjawab kerana tangan ku hanyir berbau udang. ‘Umi babah kata atok eksiden’ dan
talian dimatikan. Udang kucampak dan tangan kubasuh, dalam keadaan yang masih
blur cepat aku menelefon suami semula. ‘Yang, ayang kat mana? Bapak eksiden..’
(beberapa informasi kuambil segera). Tubuh terasa bergetar, tangan n kaki terus
sejuk, kami bersiap dan terus ke hospital.
7.00ptg zon
kuning
Terus aku meluru
ke ruang emergency. Haziq n haiyi ku tinggalkan di pintu emergency sejurus
ternampak muka acif (anak adik no 2). Terlihat kelibat bapak di atas katil dan
emak mendukung syifa. Ku lihat bapak, terdapat kecederaan di bahagian kepala
kanan. Tangan kiri bapak mengurut2 tangan kanannya ketika itu. ‘Pak, meza datang…’.
Ku lihat bapak mengangkat kepala dan memandang tepat kearah ku, bapak seakan
mengerling dan memalingkan pandangannya kearah lain. ‘Bapak ko x ingat ja…’
kata mak. ‘Bapak ingat tu mak, meza kenal cara bapak pandang..’ kataku yakin.
Syifa x berhenti2 menangis, terdapat luka besar seakan terseret di sebelah
kanan muka, dahi dan bawah hidung. Luka besar juga di sebahagian tangan kanan
berdekatan sikunya. Aku mengambil syifa dari emak.. memujuknya. ‘X apa… syifa
kuat yer sayang… syifa kuat…’ kata ku memujuk. Ku lihat bapak menahan sebak,
walaupun dia diam x bersuara…
7.30ptg masih di
zon kuning
Suami sampai dan
melihat bapak. Bapak masih diam x bersuara. Namun bapak cuba untuk turun dari
katil. Emak memeluk kuat bapak. ‘Mak, nanti2..’ kataku melihat keadaan yang
tidak sesiapa mampu fahami ketika itu. (kami masih dalam keadaan terkejut). ‘Cuba mak tanya bapak elok2, bapak nak apa…’ kataku pada emak. Tapi bapak masih
meronta. Beberapa patah perkataan diluahkan tapi x dapat kami fahami ketika itu
(hanya bunyi yang kedengaran). ‘Pak, napa pak.. bapak nak apa…’ kataku
perlahan. ‘Tepi… aku nak turun, aku nak turun.’ Kali ini jelas kedengaran
keluar dari mulutnya. ‘Tak boleh pak, bapak kat hospital ni, lepas ni kita nak
x-ray.. bapak rehat dulu yer, baring yer…’ kataku. Bapak cuba berbaring, namun bapak
seperti susah untuk bernafas, bila duduk pula bapak kelihatan seperti nak
pitam. Beberapa kali bapak cuba untuk duduk dan baring, namun keadaannya
semakin kritikal. ‘Dik, bila pakcik boleh x-ray ni, Berapa lama pakcik nak
duduk mcm ni, baring sesak nafas, duduk macam nak pitam..’ tegurku kepada
seorang misi dalam nada kurang sabar. ‘staff kita tgh berbuka kak.. sekejap
lagi kak yer..’.
Tiada desakan
keluar lagi dr mulutku (yang kukesal hingga kini).
9.00 mlm masih di
zon kuning
Kelibat adik
bradik bapak mula memenuhi ruang legar emergency zon kuning. Suami, adik lelaki
(D) dan adib membantu menurunkan bapak dari katil ke kerusi roda untuk ke bilik x-ray.
Balik dari bilik x-ray, bapak sempat mengangkat kepala dan melihat adik beradik
n anak2nya yang hadir. Mata kami bertaut lagi… Aku difahamkan ct scan juga
turut diambil dan disahkan bapak mengalami patah pada 3 tulang rusuk, 1 tulang
selangka selain dari kecederaan otak. Bapak dipindahkan ke zon merah dan kami
sekeluarga di minta menunggu di ruang menunggu waris.
11.00mlm bilik
menunggu waris zon merah
Kami seakan putus
harapan untuk mengetahui keadaan bapak. Pintu diselak dari dalam. (Menjadi
sesalku juga kerana tidak bersikap tegas untuk update keadaan bapak di dalam).
Akhirnya guard yang bertugas memanggil mak masuk seketika, katanya bapak
meracau2. Kami tetap di luar, masih tertunggu2.
1.00pagi bilik
menunggu waris zon merah
Dr Sofea keluar
dan meminta maaf atas kelewatan yang berlaku. Beliau mengatakan pendarahan
semakin besar. Mereka telah menghubungi beberapa hospital Sg. Buloh,
Selayang n PPUM namun tiada bed. Masalah yg lebih besar ialah mereka tiada
kemudahan ICU. Kami perlu menunggu lagi… sehingga pakar datang. Level of consciousness
juga turun kepada 8. Dr. Sofea membenarkan kami masuk seketika. Selepas mak, ecah
masuk ke dalam, kemudian pja dan anep (lamanya menunngu giliranku). Bapak tak
sedar… bapak terbaring dengan wayar memenuhi badan. Kepalanya berbalut… bapak x
sedar…
Kami setia
menunggu. Sejak dari buka hanya air yang masuk ke perut. Pukul 4 pg kami
berbuka dan bersahur sebentar di kantin hospital. Emak tetap begitu, x lalu
makan. Hanya kurma dan air putih mengisi perut. Aku balik sekejap untuk mandi
dan seterusnya tidur sebentar di dalam kereta. 8 pagi kembali ke ruangan
menunggu.
9 Ramadhan 1434 (Khamis
18 July 2013)
8.00 pagi bilik
menunggu waris zon merah
Ketika itulah dr
Jaya memanggil untuk mendapatkan tandatangan untuk bedah. Belum sempat emak ku
panggil, bapak telah mereka tolak ke OT. Kata dr Jaya, pendarah semakin besar
dan otak semakin membengkak. Pembedahan perlu dilakukan untuk menyelamatkan
bapak. Ya Allah.. selamatkan lah bapak ya Allah.. Alhamdulillah… pembedahan
selamat. Namun bapak tetap tidak sedar… ya Allah beri kami kekuatan ya Allah,
cekalkan hati2 kami ya Allah.
Bapak ditempatkan
di ICU 5C. Kami hanya dibenarkan masuk pada waktu2 melawat sahaja. Waktu ini
ramai saudara jauh dan dekat dtg melawat. Malah kawan2 bapak dr zaman2 kerja di
Telekom pun sampai. Nenek2 dan atok2 saudara, yang bertongkat, yang berkerusi
roda semua turun melawat bapak. 3 kariah bapak membuatkan solat hajat n yassin
untuk bapak. Rakan2 masjid juga silih berganti datang menziarah. Ya Allah
betapa bapak menjadi kesayangan semua orang. Sayangilah bapak sebagaimana kami
menyayanginya ya Allah….
4.30 ptg 11
Ramadhan (Sabtu 20 July 2013)
Bapak ditukarkn
ke wad 3b, walaupun bapak masih belum sedar. Kami meminta bapak ditukarkan ke
bilik yg lebih selesa, walaubagaimanapun dr tidak bersetuju kerana kurang
kakitangan mahir. Kami akur memikirkan yg terbaik untuk bapak.
Kami adik beradik2
bergilir2 menjaga bapak. Roster dibentuk untuk memberi peluang kepada semua
adik bradik mengadjust time bekerja dan menjaga bapak di hospital. Sesungguhnya
aku amat2 bersyukur kerana dapat menjaga bapak setiap hari pada waktu siang. Waktu malam kami penuhkan dengan solat hajat
dan bacaan yasin untuk bapak.
(Ya Allah besar sungguh musibah yang kau berikan kepada kami ya Allah, besar sungguh ujian yang kau berikan kepada kami ya Allah... berikanlah keluarga kami kecekalan ya Allah, tabahkanlah hati2 kami ya Allah... Ya Allah hanya
padaMU kami meminta ya Allah, panjangkanlah umur bapak, kembalikanlah
kesihatannya ya Allah agar bapak dapat terus beribadat untukMU ya Allah, agar
bapak dapat terus berada di sisi kami ya Allah… namun ambillah bapak Ya Allah,
ambillah bapak dengan penuh lemah lembut seperti mana dia berlemah lembut
dengan kami semasa kami masih kecil ya Allah, ambillah bapak dengan penuh kasih
sayang seperti mana dia mengasihani kami semasa kecil ya Allah, ambillah bapak
sekiranya itu yang terbaik untuknya ya Allah… ampunkanlah dosa2 bapak ya Allah,
kasihanilah bapak ya Allah, kasihanilah dia ya Allah….)
(Ya Allah
sesungguhnya berat sungguh ujian dan musibahMU ya Allah… belum pernah aku
melihat air mata emak dan kami adik beradik jatuh sederas ini ya Allah, kau ampunkanlah
dosa2 bapak ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dengan air mata yang sedikit ini…)
15 Ramadhan
(Rabu 24 July 2013)
Tghari tadi bapak seakan2 terkena attack (seperti strok). Namun doctor menjelaskan keadaan tersebut sebagai ventilator fights. Kebetulan sewaktu kejadian ialah waktu melawat. Semua yang sampai tanpa bertanya terus membacakan yassin untuk bapak. Ya Allah, aku bersyukur dengan belasmu kepada bapak ya Allah.. betapa banyaknya kekuatan yang bapak dapat.. betapa banyakknya kasih sayang yang bapak dapat dari saudara mara dan sahabat handai. Namun aku x mampu menghadapi kejutan demi kejutan ya Allah.. bantulah aku yang lemah ini ya Allah… tidak tertahan beratnya hati ini melihat keadaan bapak beransur lemah, kesihatannya semakin mudarat… ya Allah berikan aku kekuatan ya Allah….
Tghari tadi bapak seakan2 terkena attack (seperti strok). Namun doctor menjelaskan keadaan tersebut sebagai ventilator fights. Kebetulan sewaktu kejadian ialah waktu melawat. Semua yang sampai tanpa bertanya terus membacakan yassin untuk bapak. Ya Allah, aku bersyukur dengan belasmu kepada bapak ya Allah.. betapa banyaknya kekuatan yang bapak dapat.. betapa banyakknya kasih sayang yang bapak dapat dari saudara mara dan sahabat handai. Namun aku x mampu menghadapi kejutan demi kejutan ya Allah.. bantulah aku yang lemah ini ya Allah… tidak tertahan beratnya hati ini melihat keadaan bapak beransur lemah, kesihatannya semakin mudarat… ya Allah berikan aku kekuatan ya Allah….
Malam ini giliran
suami menjaga malam. Namun entah kenapa aku rasakan aku ingin berada di sisi
bapak malam itu. Sebenarnya setiap hari aku dtg dr pagi ke petang. Ada perasaan
takot yang menyelinap di hati, kiranya aku tidak berada di sisi bapak waktu2
aku diperlukan.
Berulang2 kali
ayat kursi dan yassin kedengarkan ke telinga bapak. Bila penat, ku letakkan pula hp dengan
bacaan2 lain. Pagi itu aku amat2 bersyukur (kira2 4 pagi), kerana banyak respon
yang bapak berikan. Bapak mengenggam erat tangan, menggaru telapak tangan,
mengangkat tangan mencariku. Ku bisikkan ampun, sayang dan terima kasih ku ke
telinganya. Ya Allah puas benar rasa hati bila mendapat respon yang sebegitu dari
bapak.
16 Ramadhan (Khamis
25 July 2013)
Aku tidak pulang
ke rumah. Aku terus menjaga bapak hari ini. Tidak tidur sedikitpun tidak
melemahkan semangatku untuk terus berada di sisi bapak. Air mata juga x
berhenti mengalir setiap kali kalimah syahadah aku alunkan ke telinga bapak.
Semakin deras juga air mata mengalir bila berganti2 surah ku jadikan halwa
telinganya ketika itu. (Bapak… meza sayang bapak, itu sahaja yang dapat meza
bantu pak… meza x terdaya berbuat yang lain).
17 Ramadhan (Jumaat
26 July 2013)
Pagi ini aku
didatangi dr Chong dengan soalan yang begitu serius… perlukah mereka beri
bantuan sekiranya jantung bapak terhenti? Kami seterusnya bersetuju sekiranya
terdapat apa2 complication selepas ini, biarlah bapak pergi dengan tenang.
Lebih kurang
pukul 11, dr ICU (dr Pratap) datang dengan hanya berseluar jeans. Mesti on call
kerana Nuzul Quran hatiku berbisik. Selepas melihat2 fail bapak, dr Pratap
membuat beberapa modifikasi pada mesin ventilator. Aku memerhati walaupun x
paham. Selepas siap, beliau menuju ke bahagian admin. Namun aku terkesima
seketika kerana melihat status mesin tersebut ‘Switch
on to vent’. Dalam
beberapa saat sahaja sebelum sempat aku memanggil dr kembali ke katil, tahap
oksigen bapak turun mendadak dan ke tahap kritikal (40 – merah). Dr kembali
datang dan meminta nurse membawakan bantuan pernafasan manual ‘bawa beg biru,
beg biru!’ kata dr Pratap ketika itu. Dan segerombolan doctor masuk dan mula
menutup tirai. Pja menjerit dan memanggil aku. Dr celah2 tirai itu aku nampak mereka
memberikan bantuan pernafasan secara manual. Selang beberapa minit dr Pratap
keluar dan meminta aku memanggil saudara mara datang. ‘The heart has stopped,
they just need to confirm the time of death’.
(Ketika itulah hujan turun dengan
lebatnya… dan entah mengapa ruang dada yang sempit berhari2 sebelum ini seakan
kosong, membenarkan oksigen masuk dengan banyaknya.)
Telinga ku cepat menangkap bunyi mesin ventilator tersebut. Sebaik sahaja
dr Pratap meninggalkan kami, tirai dibuka dan dr Chong mengesahkan bapak ‘kembali
semula’.
‘Didn’t we agree
not to help him for any complication this morning? Dr?’
‘Ya, ya kak… we
are very sorry kak…’ Ya bapak kembali
semula…
(Dan hati ku tetap mengatakan bapak telah kembali kepada penciptanya)
Mahgrib itu,
sebelum pja dtg sempat aku bacakan yassin lagi utk bapak. Kali ini air mata
bapak tidak selaju hari2 sebelumnya. Mungkin itu sahajalah cecair yang tinggal
lagi dr tubuhnya. Air mata itu bergenang lama di tepi pipi dan tidak jatuh2,
lalu kubasahkan tisu dengan air zam2 dan ku lap mata bapak dengan penuh kasih
sayang.
Walau
bagaimanapun keadaan bapak semakin lemah, dos bius dan antibiotic dan pelbagai
drugs lain ditingkatkan. Bapak tetap tidak sedar dan tetap dengan keadaan itu.
Melihatkan
keadaan bapak yang lebih stabil dari sebelumnya.. aku berkira2 untuk balik. Dan…
malamnya aku perlu balik juga, aku perlu sedikit tidur untuk hari2 esok. Dengan
berat hati aku meninggalkan hospital. Itu pun selepas menyalinkan bapak. Memastikan
bapak benar2 selesa, barulah hati sedikit tenang. Pelbagai pesan untuk pija n
anep ku berikan. Aku balik juga…
18 Ramadhan (Sabtu
27 July 2013)
Seawal pagi aku
mendapat panggilan dari pija. Kata pija… ‘along… ko kat ner? Datang hospital
skang long, jantung bapak dah berhenti..’ begitu tenang pja menuturkan kata2
tersebut. Bergegas aku, suami n anak2 ke hospital. Dalam perjalanan aku telefon anep
dan bertanya keadaan bapak.. dan inilah jawapan yang ku terima ‘ bapak dah
pergi long, bapak dah meninggal…’.
(Ya Allah ya
tuhanku, inilah lelaki terhebat dalam hidupku bergelar seorang bapak, seekor
nyamuk pun dia tidak izinkan hinggap di tubuh ini, Pergi dan balik ku ke sekolah
dan ke mana2 pun pergiku di hantar dan diambil, Lelaki inilah yang bekerja
siang dan malam untuk memberi keselesaan kepada isteri dan anak2nya. Lelaki
bergelar bapak inilah yang mengucapkan terima kasih kepada suamiku ketika aku
diangkat menjadi isteri, lelaki bergelar bapak inilah yang membesarkan anak2 ku
Haziq dan Haiyi dengan penuh kasih sayang seperti mana dia menjaga, membesarkan
aku ketika kecil2 dulu. Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkanlah segala dosa2
bapak ya Allah, kau letakkanlah bapak di kalangan hamba2Mu yang beriman dan
bertaqwa, kau tinggikanlah darjatnya di sisiMU ya Allah, kau letakkan lah bapak
di antara ahli syugamu ya Allah, ya Allah kau lah maha pengampun, maha
penyanyang lagi maha mengasihani ya Allah… )
Al Fatihah untuk
arwah Haji Ahmad Pua’at Mustafa (16 Dis 1948 – 26 Jul 2013).
Mode: Berkali2 Allah datangkan aku dengan berita kematian orang2 tersayang, sama ada insan yang sepatutnya menjadi kesayanganku atau kesayangan orang lain. Namun tak pernah sekali pun hati ku dekat dengan kematian dan kesedihan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah masih sayang, Allah masih memberi aku kesempatan, kehilangan bapak benar2 mengajar aku tentang mati. Kehilangan bapak menyatukan kami adik beradik, mendekatkan saudara yang jauh. Terlalu banyak hikmah yang kau berikan kepada kami di atas pemergian insan kesayangan kami ini. Ya Allah, semoga sedikit sinar yang kau campak ke dalam hati ini akan terus bercahaya dan menjadi pelita untuk aku menagih sinar hidayahMU ya Allah.. tuntunlah aku berada terus di jalanMU, peliharalah aku untuk terus beristiqamah ke jalanMU.
2 comments:
baca n3 ni pon bleh nangis :(
takziah kak..
al fatihah
thanks nieja... nieja pun dah kehilangan ayah kan... :(
Post a Comment