You Are Reading

6

aku dan dia -pt1

ameeza77 Tuesday, March 16, 2010
Hubby jangan jeles yer... akan datang cerita mengenai u juga nanti ..... masa nih kita x kenal lagi :p

Minggu lepas, me berkesempatan melawat sekolah yang telah me tinggalkan hampir 16 tahun yang lalu (eh tahula korang umur me yer :p). Terlalu banyak memori yang terpahat dalam kotak kepala me. Pengalaman sepanjang 5 tahun di sekolah itu banyak manis dari pahit. Kalaula ada peluang, me ingin kembali ke zaman lalu, mengulang sejarah dah memperbaiki mana2 yang kurang :)

Antara kenangan yang tidak dapat me lupakan waktu berada di tingkatan 1 ialah memiliki kasih seorang abang! Abang yang mengajar me banyak bersabar mengharungi liku hidup seorang remaja, yang membuat me mengerti akan kasih seorang perempuan kepada lelaki yang bukan mahramnyer (version adik n abang yer :p), yang mengajar me bermimpi untuk ke menara gading, membuka mata me seluas-luasnya bahawa ada dunia lain disebalik sekolah dan rumah, mengajar me erti secure, dan yang paling penting dialah satu2nya insan yang membuat me berasa sangat istimewa sebagai individu. Dia insan yang me hormat ketika itu selain mak dan bapa.

Apapun, me harap insan tersebut atau isterinya (merangkap kakak angkat yang me sayang n cinta juga) tidakla terbaca memori ini, sekadar peristiwa indah yang ingin me garap dan lakarkan agar lebih kekal di kotak kepala ini.



.......... dan bermula sebuah kisah aku dan dia..........


Petang itu bapa lambat lagi. Sudah hampir maghrib namun bayang bapa masih juga tidak kelihatan. Aku semakin gusar, pintu pagar sekolah sudah tertutup rapat, tinggal belum dikunci saja. Aku pula masih setia di pondok yang sama. Pondok yang paling dekat dengan pagar. Tiada bayang pelajar lain kelihatan, cuma aku yang masih menunggu di situ. Setia….. seperti hari-hari sebelumnya.


Namun hati gusarku terus berhenti. Pemuda yang sama kelihatan lagi. Dari jauh.. aku terjengkit-jengkit mengintai. Ingin membenarkan kata hati, mengiakan pandangan mata kasarku. Sesabar mungkin aku menunggu kelibat bayang misteri itu. Aku pasti dia akan lalu lagi. Hampir postitif dia akan melintasi aku seperti semalam, seperti kelmarin dan seperti hari sebelumnya. Eh, apa yang telah aku lakukan? Adakah aku menunggu akan kehadirannya pada lewat petang seperti itu... seperti selalu... :)


Pemuda itu semakin hampir. Masih dalam pakaian yang sama, berseluar slack hitam dan berkemeja putih. Namun apa yang menggamit aku untuk terus memerhati ialah payug ceti ditangannya. Dia melintasi aku, tanpa menoleh sedikitpun. Ya.. amat mahal mahu menunjukkan raut wajah sebenarnya. Apatah lagi melempar senyum kepadaku. Jika benar kiraanku dia hanya berjalan tegak dan sesekali menundukkan kepala apabila dia melintasi aku. Mungkinkah dia sedar akan kehadiranku di situ? Atau sememangnya dia tidak pernah peka, hanya berjalan melewati hari-harinya seperti selalu sebelum menghempaskan tubuh dan mindanya yang letih bekerja. Itu andaian aku. Namun aku tidak berkecil hati. Malah, aku gembira melihat dia melintasi aku setiap hari. Sekurang-kurangnya masaku terisi juga sementara menunggu bapa yang tak kunjung tiba. 'Ponnnnnn' hah! bapa dah sampai, jauh sungguh aku mengelamun, dan bayang pemuda itu juga sudah jauh meninggalkan aku sebenarnya....



.........bersambung.............

6 comments:

Naz said...

siapakah itu?? ehem2... terkenang2 yer kak...?

ameeza77 said...

hahaha... my pet bro :)

Anonymous said...

ha ha, nice one.. x sabar nak tunggu episod seterusnya.. sila la mencepatkan proses penulisan ye. ngenge.

p/s : owh terlupe password email lg.. der. so jd anonymous yg cute la ^.^

ameeza77 said...

adeh ... dari segi bahasa anonymous di atas seperti adikku KISH...

FIDA tukangDESIGN said...

saya tahu, saya kenal, saya tahu, saya kenal...kakakaka

ameeza77 said...

hehehe... fda.. kamu kenalkah dgn lelaki berpayung ceti tuh :p

 
Copyright 2010 four.of.us