You Are Reading

11

aku dan dia -pt2

ameeza77 Sunday, March 21, 2010

Hari ini aku berasa agak dengkil kerana terpaksa ke sekolah. Hari Sabtu adalah hari untuk bermalas-malas di rumah. Hari untuk bangun sedikit lewat dan… hari untuk bersarapan nasi lemak bersama adik-adik. Terbayang-bayang nasi lemak makcik faddy yang bapa belikan untuk sarapan kami adik beradik saban Sabtu. Nampaknya, adik-adikku akan berbahagia dengan nasi lemak mereka. Dan aku akan mengharung perjalanan ke sekolah seawal 7 pagi untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai pengawas. Arghhh! Hari sukan SMRM sungguh membosankan.


Aku ditugaskan di tengah-tengah padang yang maha panas. Bertugas menjadi pak tungguk sememangnya amat menguji keimanan. Selain berdiri… berdiri… dan berdiri, kadangkala aku terpaksa juga berlari-lari anak ke arah guru yang melambai-lambai meminta bantuan.


Masa berlalu begitu pantas sekali, sedar-sedar sahaja matahari telah pun berada tepat di atas kepala. Pakaianku mula dibasahi peluh, muka pula bagaikan bah di bawah panahan cahaya matahari yang membahang sekali! Manakan tidak, semua orang berpakaian sukan, aku yang berstatus pengawas ini terpaksa berpakaian lengkap sekolah.


“Dik, dik.. tumpang tanya…” sapa satu suara di belakangku. Aku pantas memalingkan tubuh memandang tepat ke arahnya.


“Ya, sa.. saya…” jawabku gugup. Ya Allah, ini pemuda yang selalu kuperhatikan setiap kali waktu menunggu bapa. Ya! Tidak syak lagi, dialah orangnya. Aku amat pasti. Bahang yang menjadi bebananku sebentar tadi hilang ditelan kehadirannya. Aku memerhatikan dia. Masih dalam fesyen yang sama, kemas berkemeja biru dan masih berslack hitam. Dan... hahaha, payung cetinya juga masih kejap ditangan. Pasti dia baru kembali dari pejabat.


“Dik…”, suaranya membantutkan lamunan ku.


“Adik nampak cikgu Solleh?” soalnya bila aku tidak memberikan sebarang respon.


“Oh, cikgu Solleh… ada di tengah padang sana…” balasku sambil menghalakan tangan ke arah padang.


“Abang ni siapa?” soalku.


Pelik juga mengapa dia mencari guru sejarahku. Bagaimana mereka berdua berkenalan? Kepalaku sarat dengan pelbagai soalan pada ketika itu.


Bersambung…

11 comments:

Naz said...

akak baca dairi lama erk?? memang terkenang sungguh.. dah mcm drama kat tv3 pulak. ada smbungan... hehehehe...
padang smrm... teringat naz bercamping pengakap masa form 2. group naz memang masakan terbaik.. kalah group pompuan.. hahaha

ameeza77 said...

eh dulu ader pngakap pompuan ker? heheh...

mana ader bukak diari lama, semua ader dalam kotak itam kat kepala nih, org pompuan nih kan sentimental, yang dia rasa tuh semua dia simpan :p

citer pasal pengakap kan, tau tak bukit belakang masjid tuh, masa akak muda2 dulu, akak kan nakal, suka naik bukit tuh sampai atas sekali, pastuh kena kjo ngan tebuan tanak, abis lebam2 kena gigit, bisa pulak tuh ...

yang x leh nak tahan tuh, kita org terserempak ngan sekumpulan pengakap yang mandi b***l kat takungan air kat kaki bukit tuh...

hahahha... kelakar2 :p

Naz said...

adalah kak... kalo bukan pengakap pompuan, rasanya pandu puteri kot... kitorang camping 2 hari 1 mlm kat padang. memang terbukti org lelaki lebih terer memsak.. kan..kan..? :p

wahh.. bole ingat tu.. patutlah selamba jer further study.. nnti exam score 100% taw... teringat note akak & kak shi tulis kat naz... 'belajar umpama makan.. jgn tinggal sebutir nasik sekalipun...' mcm tulah bunyinya lebih kurang... naz pegang smpai skrg.. thanks :D

wuihh.. adakah naz ada dlm group pengakap itew?? hahahahaha...
~moralnya... jgn panjat bukit dan skodeng anak org mndi.. hahaha :p

Unknown said...

kuang2 :p...
kamu ader mandi b***l kah :p

Naz said...

huhuhu... astaga...

ameeza77 said...

hahahah

Unknown said...

wah... aku ingatkan citer mende la. inilah bahana xsempat blogwalking. citer lama tu weh!!!

Unknown said...

naz:
kak shi x ingat pun nota tu. ade eh? korang ni xde kejer lain ke mengimbau kisah lama. koi numpang baca je la yak. ngeee...

ameeza77 said...

bace2.. eh.. aku dah start projek.. hang bila nak start oiii

FIDA tukangDESIGN said...

walawey za....nampaknya cita2 kita akan jadi kenyataan..hahahha...pasni fda plak nak wat corat-coret gak la..ingat tau...3 badut's...d ultimate youngster's...kakakaka

ameeza77 said...

kuang kuang kuang ... :p

 
Copyright 2010 four.of.us