You Are Reading

4

Minggu Pertama Sekolah Pt 3

ameeza77 Wednesday, January 27, 2010
Tahun ni tahun ketiga Haziq bersekolah. Me gembira kerana akhirnya Haziq dapat environment yang sesuai dan rasi dengan dirinya. Tahun pertama persekolahan Haziq di Qdees banyak membantu dalam subjek English dan matematik. Bagaimanapun, tahun kedua (3 bulan sahaja) sangat mengecewakan kerana Haziq masih tidak dapat menguasai suku kata bahasa melayu. Ada juga beberapa isu yang sangat mengecewakan hingga me membuat keputusan untuk membawa Haziq ke pra sekolah kerajaan.

Kasihan Haziq, keluar mulut rimau masuk pula ke mulut buaya. Pra sekolah bukan tempat yang baik untuk Haziq juga. Walaupun Haziq mula menguasai suku kata dengan baik namun guru kelas yang kuat menegking dan marah2 hanya memburukkan lagi suasana pembelajaran Haziq. Itulah sebabnya, me memilih Pra Sekolah Jais yang dahulunya dikenali sebagai TAKIS Klang. Me sememangnya amat berpuas hati dengan guru2 di sekolah ini yang hormat pada ibu bapa dan menyayangi anak2.

Me rase, guru2 muda sekarang ni kurang sabar dalam mendidik. Mungkin menjadi pendidik kerana dah tak ada kerja. Ahkirnya anak2 yang menjadi mangsa. Seharusnya, pra sekolah merupakan pusat pembelajaran yang paling kritikal pada anak2. Ini kerana pengalaman anak2 ini akan kekal dalam hatinya hingga dewasa. Bayangkanlah anak berusia 5 tahun (ada yang belum mencapai 5 pun) dijerit dan diherdik setiap hari (style kononnya), di suruh lap muntah sendiri (mendidik konon) dah dipaksa makan makanan yang sememangnya tidak boleh diterima tekak hingga anak2 ini muntah (juga mendidik katanya)... mungkin kerajaan harus melakukan pemantauan yang teliti ke atas guru2 ini. Natijahnya tidak ada apa yang berubah walaupun guru2 muda ini mengikuti kursus yang saban waktu diadakan sehingga menggunakan waktu persekolah juga kadang kala....

Tahun ini, me boleh menarik nafas lega bila melihat Haziq boleh menjadi dirinya sendiri. Haziq gembira dengan persekitaran baru dan kawan2 barunya. Apa yang paling penting me paling puas hati bila Haziq mendapat guru yang pernah mengajar me 27 tahun yang lepas. Perasaan 'warm' masih berbekas pada sekolah, darjah dan guru terbabit masih berbekas di hati ini... me berharap Haziq juga berpeluang melalui apa yang me rasa...


Kelas Haziq

Di kantin

Berbaris sebelum masuk kelas

Ceria

Inilah wajah sebenar yang me perlukan agar hati ibu ini tenang selalu

Di kesempatan ini me nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu pra sekolah TAKIS (sekarang pra sekolah JAIS) me iaitu cikgu Nour Eisiah kerana membina jati diri, dan keyakinan yang tinggi dalam diri ini...

4 comments:

Naz said...

bes jer tadika tu... mesti Haziq sronok kan...?

ameeza77 said...

yup uncle Naz... kali nih Haziq seronooook sgt :)

mun said...

alhamdulillah
dapat juga sekolah yg bagus akhirnya

boleh pulak ajar budak2 kecik mcmtu?? ni mesti jadi cikgu tangkap muat je. kalau dorg faham apa itu early childhood punya education dorg xkn buat mcmtu. kesian haziq!

ameeza77 said...

tu la mun, meme sedey .. bagi sekolah terbaik pun susah, sekolah biasa pun susah .... pokok pangkal, guru kena telus dalam profession mereka ...

 
Copyright 2010 four.of.us