You Are Reading

4

Tahun Baru Bilik Baru

ameeza77 Friday, February 5, 2010
Diam tak diam, hampir 4 tahun kami menyewa di apartment ni. Tapi kelakar la juga, selepas 4 tahun barulah kami perasaan bilik yang kami jadikan stor dahulu sebenarnya besar (memanjang sebenarnya).

Proses membuang barang2 bermula. Me sendiri x leh percaya lebih 20 plastik hitam besar dan hampir 20 kotak berisi pelbagai barangan antik kami buang. Yang paling banyak ialah koleksi buku2 sekolah, buku2 college, koleksi majalah, baju2 lama Haziq n Haiyi (semuanya masih cantik, cuma saiz baju je yang kecil sebab mereka semakin membesar), baju2 lama me dan hubby, koleksi langsir2 lama, dannnn......... koleksi muzium perkakasan komputer hubby!

Kami juga keluarkan semula katil slide haziq. Dulunya kami simpan sebab ada incident kecil berlaku. Hampir2 haiyi menjalani pembedahan pada bahagian depan mulut gara2 terjatuh pada slide kayu yang sememangnya keras tu. Darah tak henti2 mengalir dan doktor khuatir memudaratkan bahagian depan mulut Haiyi pada masa tu. Alhamdulillah, sebelum pembedahan dijalankan, darah berhenti dan doktor yakin luka tersebut sembuh sendiri.


Bila mereka berdua dah besar nih, kami suami isteri berasa sedikit yakin yang Haziq dan Haiyi boleh menjaga diri mereka dengan lebih baik. Sukalah dua beradik ni sehinggakan turun naik slide berpuluh2 kali sehari seolah2 tak pernah bermain slide di playground :)

Buat masa ni, bilik utama kami jadikan bilik bersiap. Kami tempatkan almari baju berisi baju2 yang jarang2 kami gunakan di bilik ini. Katil kami bawa ke bilik baru. Kami tempatkan juga rak buku2 dah study table me! Now, semua orang happy!

4 comments:

FIDA tukangDESIGN said...

waaa..cantikla bilik abang n adik nie!....kalah bilik azan n umai yg berselerak tuh!....hahahahha
rajin2 tlg ummi kemas bilik yg cantik tu ya!

ameeza77 said...

rajin buang sepah auntie fid :p

Unknown said...

Salam Me... Katil tu beli kat mana..? berkenan lak..hehe..

ameeza77 said...

hi love,

kedai perabot biasa2 tuh pun ader jual, tapi mahal la juga... n x berapa nak safe tuk anak bawah 3 tahun..

harap membantu!

 
Copyright 2010 four.of.us