You Are Reading

0

Weekend Yang Meriah!

ameeza77 Monday, December 14, 2009
Minggu lepas merupakan minggu yang sungguh meriah! Meriah kerana kami sekeluarga berjalan tak berhenti-henti, dari satu destinasi ke satu destinasi. Walaupun jarak antara destinasi tu tidak berapa jauh, tapi cukuplah untuk membuat badan penat dan kekeringan air...

Kami bertolak dari rumah agak lewat. Destinasi pertama ke rumah kawan di Banting. Sampai Banting pun dalam pukul 12 tengahari. Kami singgah di mcD untuk mengisi perut terlebih dahulu. Terlanjur makan, hubby pun tinggalkan me dengan anak2 untuk bersembahyang jumaat. Oleh kerana hari lahir Sultan Selangor jatuh pada Jumaat lepas... sembahyang jumaat berlangsung agak lama dari biasa ... dekat jam 2.30 barulah hubby sampai ke mcD dan kami terus ke rumah kawan yang terletak berdekatan Pantai Klanang.

Brunch kami di mcD


Menjamu selera sambil berposing...


Baby Riaz Sofeya yang baru berusia seminggu ...


Kemudian kami bertolak ke Desa Subang. Kami sampai pun dah dekat maghrib. Me sememangnya dah plan mengajak adik ipar untuk membeli dan membelah tudung2 indon. Namun, kerana kami sampai lewat petang, kedai2 di Kota Damansara dahpun tutup. Selepas makan malam di rumah adik ipar, kami pun menuju ke uptown kota damansara. Oleh kerana malam Sabtu lepas ada pasar malam di sana, orang2 yang menjual2 tudung dan barangan2 lain membuka gerai2 mereka agak lewat. Kami naik semula kereta dan adik ipar membawa kami berlegar2 sekitar kota damansara. Lebih kurang pukul 10 malam, kami ke uptown semula. Peniaga2 masih dalam proses membuka gerai2 di sana. Kami duduklah minum2 dan makan2 sementara menunggu semua gerai barang dibuka.
Menu ringan kami, 'tahu bakar' dan 'sotong kangkung'.


Haziq, Haiyi dan Nasyif menjamu selera


Esoknyer, hari Sabtu...semua terbangun lewat, maklumlah... sampai rumah pun dah pukul 2pagi... tapi hari Sabtu ni lagi panjang dari Jumaat sebab kami sekeluarga terpaksa ikut hubby buat kerja luar. Lama juga kami semua menghabiskan masa dalam kereta. Turun hanya sekali sekala untuk makan, ke tandas dan meregangkan otot2....

Nasi Kukus Gulai Kawah - brunch kami pada Sabtu lepas


Keboringan... pelbagai eksperesi dari Haziq n Haiyi

Dinner @ PutraThai


Ahad keesokan harinya kami menuju ke Paroi Jaya Seremban pula seawal 10.30 pagi. Beratnyer badan nak pergi tapi kami gagahkan juga. Lebih kurang12.30 tghari kami sampai di destinasi kami dan berehat lebih kurang sejam sebelum berarak bersama2 pengantin ke lokasi persandingan. Walaupun cuaca teramatlah panas, Haziq dan Haiyi lah yang paling seronok kerana dapat berarak dengan pengantin dan budak2 kompang.

Sekitar persandingan cuzzy Naziah dan Adib di Paroi Jaya

0 comments:

 
Copyright 2010 four.of.us