Hurm... sedey pula rasa hati tiap kali menyebut nama ni. Hiba bila terkenang masa2 yang dihabiskan bersama. Bertambah sebak bila mengingatkan cerita dan pengalaman yang kami kongsi berdua. Selebihnya, terkilan sebab dia menghilang begitu sahaja.
Awal2 dulu kerap juga me menyalahkan diri sendiri. Mungkin me ada buat salah. Mungkin me ada menyakitkan hati dia. Mungkin me ada terkasar bahasa. Segala mungkin menerjah minda dan hati ini tertanya2, apakah silap yg me lakukan sehingga dia hilang, ghaib... me gagal untuk mencari dia.
Hurm, (memang me selalu mengeluh tentang dia). Sejak akhir2 ni, semuanya semakin menjadi persoalan. Email address dia lenyap, facebook akaun juga lenyap, blog masih ada tetapi tidak dikemas kini dan kini ditapis dengan kata laluan.. maklumat tentang dia tidak ditemui di Internet kecuali keratan akhbar 2008.
Kemanakah dia menghilang sebenarnya? YM akaun sentiasa invisible... tapi me tahu dia ada, dia sedar me mencari, cuba menghubungi dia.. tapi kenapa tiada jawapan setiap kali me cuba berkomunikasi? me bingung...
2 comments:
kawan lama ke kak?? siaperkah dia?
sahabat, adik, lecturer...
Post a Comment