Da besar anak umi rupanye... alhamdulillah, hari pertama haziq ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama berjalan lancar. Haziq sgt2 berdikari dan mudah menyesuaikan diri. Nampak lebih yakin dalam pergaulan dan nampak mudah buat kawan.. senang sikit hati umi :)
Kasihan pun ada bila umi tengok haziq menggalas beg, berat sungguh! Buku aktiviti dan teks 16 buah kesemuanya. Belum lagi buku latihan. Bila umi nak tolong bawakan, haziq menolak. Nak bawa sendiri katanya. Sudahnya haziq mengadu sakit pinggang. Sian anak umi..
Petang pulak sekolah agama 2.30 - 5.30ptg... rasanya masa umi dulu, 6.30ptg baru abis sekolah. Untung juga bebudak sekarang sebenarnya, 3 jam jer sekolah petang. Balik sekolah agama masih boleh lagi main badminton.
Tapi nilah yang terjadi kat haziq di malam hari... sebelum ni kalau tdo mata haziq mesti bergerak2.. kali ni terpejam rapat dan satu dengkuran pun tak kedengaran heheh...
0 comments:
Post a Comment