Hari ini aku berasa agak dengkil kerana terpaksa ke sekolah. Hari Sabtu adalah hari untuk bermalas-malas di rumah. Hari untuk bangun sedikit lewat dan… hari untuk bersarapan nasi lemak bersama adik-adik. Terbayang-bayang nasi lemak makcik faddy yang bapa belikan untuk sarapan kami adik beradik saban Sabtu. Nampaknya, adik-adikku akan berbahagia dengan nasi lemak mereka. Dan aku akan mengharung perjalanan ke sekolah seawal 7 pagi untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai pengawas. Arghhh! Hari sukan SMRM sungguh membosankan.
Aku ditugaskan di tengah-tengah
Masa berlalu begitu pantas sekali, sedar-sedar sahaja matahari telah pun berada tepat di atas kepala. Pakaianku mula dibasahi peluh, muka pula bagaikan bah di bawah panahan cahaya matahari yang membahang sekali! Manakan tidak, semua orang berpakaian sukan, aku yang berstatus pengawas ini terpaksa berpakaian lengkap sekolah.
“Dik, dik.. tumpang tanya…” sapa satu suara di belakangku. Aku pantas memalingkan tubuh memandang tepat ke arahnya.
“Ya, sa.. saya…” jawabku gugup. Ya Allah, ini pemuda yang selalu kuperhatikan setiap kali waktu menunggu bapa. Ya! Tidak syak lagi, dialah orangnya. Aku amat pasti. Bahang yang menjadi bebananku sebentar tadi hilang ditelan kehadirannya. Aku memerhatikan dia. Masih dalam fesyen yang sama, kemas berkemeja biru dan masih berslack hitam. Dan... hahaha, payung cetinya juga masih kejap ditangan. Pasti dia baru kembali dari pejabat.
“Dik…”, suaranya membantutkan lamunan ku.
“Adik nampak cikgu Solleh?” soalnya bila aku tidak memberikan sebarang respon.
“Oh, cikgu Solleh… ada di tengah
“Abang ni siapa?” soalku.
Pelik juga mengapa dia mencari guru sejarahku. Bagaimana mereka berdua berkenalan? Kepalaku sarat dengan pelbagai soalan pada ketika itu.
Bersambung…