You Are Reading

1

Selamat Ulang Tahun Yang ke 61 Bapak!

ameeza77 Wednesday, December 16, 2009
Hari ni mood bapak cool jer... :) Hari nih juga ulangtahun bapak yang ke 61 :) Semoga bapak panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dipelihara Allah swt ... Mak dan aku bertungkus lumus dari pagi memasak. Istimewa sikit jer dari hari biasa ... semoga bapak tahu betapa kami semua menghargai jasa dan kasih sayangnya pada kami selama ini.

Mungkin hari ni juga, hari yang sesuai untuk aku menyesal atas ketelanjuran aku tempoh hari. Nak buat cam ner, aku panas baran macam bapak juga. Walaupun dah puas berfikir, aku tetap melakukan kesilapan yang sama keesokan harinya. Aku tahu bapak sedih dengan tindakan aku tuh. Tapi nasi dah jadik bubur .... perbuatan dan kata2 kalau dah terlajak, hanya penyesalan yang bermain di hati.

Aku tahu bapak sayang sangat dengan anak2ku.. maklumlah mak n bapaklah yang memelihara mereka sejak dari lahir. Dalam pada itu, aku ingin juga bapak sedar, bahawa aku bukan seperti ibu bapa lain yang lepas tangan sahaja hal anak2 atas pembantu rumah atau ibu bapa di kampung... aku tetap dengan tanggungjawab aku, dan aku mahu anak2 aku tahu bahawa kami berdua, aku dan suamiku benar2 bekerja keras memastikan anak2 kami cukup serba serbi. Aku x mahu apabila mereka besar nanti, mereka tuduh kami biarkan mereka dijaga oleh atok n wan dan tidak mempedulikan mereka....

Kelak, aku harap aku tidak meyakiti hati bapak lagi. Bapak dah berumur, aku harap bapak panjang umur untuk melihat anak2ku berjaya sehingga ke menara gading, berumahtangga dan kalau sempat biarlah mak dan bapak bercicit pula .....

Selamat hari lahir yang ke 61 bapak....


Bapak x suka ulang tahunnyer di raikan beriyer2, malah kami adik bradik pun selalu diingatkan x beiya sangat menyambut hari lahir, cukuplah dengan pulut kuning dan kari ayam kegemarannyer :)

Setiap tahun, kami adik beradik mesti dimarahi bapak kiranya kami belikan kek untuk menyambut ulang tahunnya. Bapak x suka makan kek2 berising yang dihias cantik. Cukuplah plain orange butter cake kegemarannya menjadi juadah di atas meja :)

Happy Bday to my fav lecturer - Mdm Tengku Norainun
As well as my auntie - Ainon Binti Bahari,
three of them are sharing the same birthday :)

Pssss ... still waiting for hubby - he is bringing back sate ehem ehem :)


Yummy, sate arrived @ 7.30pm

Nasi impit n kuah kacang

Pencuci mulut SIL bawa

Teh Bonda dalam pembikinan :p

To KISH kat Skudai and my brother Pit yang kena g Paka, since u all jauh2 belaka, tengok jer la betapa meriahnyer makanan kami di sini :).

No worries, bila u all balik sini nanti boleh celebrate lagi yer! *wink* *wink*

1 comments:

Naz said...

Naz doakan ayahanda dipanjangkan usia dan sentiasa sihat untuk beribadah.. amin...

 
Copyright 2010 four.of.us