Archives

1

Selamat Ulang Tahun Yang ke 61 Bapak!

ameeza77 Wednesday, December 16, 2009
Hari ni mood bapak cool jer... :) Hari nih juga ulangtahun bapak yang ke 61 :) Semoga bapak panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dipelihara Allah swt ... Mak dan aku bertungkus lumus dari pagi memasak. Istimewa sikit jer dari hari biasa ... semoga bapak tahu betapa kami semua menghargai jasa dan kasih sayangnya pada kami selama ini.

Mungkin hari ni juga, hari yang sesuai untuk aku menyesal atas ketelanjuran aku tempoh hari. Nak buat cam ner, aku panas baran macam bapak juga. Walaupun dah puas berfikir, aku tetap melakukan kesilapan yang sama keesokan harinya. Aku tahu bapak sedih dengan tindakan aku tuh. Tapi nasi dah jadik bubur .... perbuatan dan kata2 kalau dah terlajak, hanya penyesalan yang bermain di hati.

Aku tahu bapak sayang sangat dengan anak2ku.. maklumlah mak n bapaklah yang memelihara mereka sejak dari lahir. Dalam pada itu, aku ingin juga bapak sedar, bahawa aku bukan seperti ibu bapa lain yang lepas tangan sahaja hal anak2 atas pembantu rumah atau ibu bapa di kampung... aku tetap dengan tanggungjawab aku, dan aku mahu anak2 aku tahu bahawa kami berdua, aku dan suamiku benar2 bekerja keras memastikan anak2 kami cukup serba serbi. Aku x mahu apabila mereka besar nanti, mereka tuduh kami biarkan mereka dijaga oleh atok n wan dan tidak mempedulikan mereka....

Kelak, aku harap aku tidak meyakiti hati bapak lagi. Bapak dah berumur, aku harap bapak panjang umur untuk melihat anak2ku berjaya sehingga ke menara gading, berumahtangga dan kalau sempat biarlah mak dan bapak bercicit pula .....

Selamat hari lahir yang ke 61 bapak....


Bapak x suka ulang tahunnyer di raikan beriyer2, malah kami adik bradik pun selalu diingatkan x beiya sangat menyambut hari lahir, cukuplah dengan pulut kuning dan kari ayam kegemarannyer :)

Setiap tahun, kami adik beradik mesti dimarahi bapak kiranya kami belikan kek untuk menyambut ulang tahunnya. Bapak x suka makan kek2 berising yang dihias cantik. Cukuplah plain orange butter cake kegemarannya menjadi juadah di atas meja :)

Happy Bday to my fav lecturer - Mdm Tengku Norainun
As well as my auntie - Ainon Binti Bahari,
three of them are sharing the same birthday :)

Pssss ... still waiting for hubby - he is bringing back sate ehem ehem :)


Yummy, sate arrived @ 7.30pm

Nasi impit n kuah kacang

Pencuci mulut SIL bawa

Teh Bonda dalam pembikinan :p

To KISH kat Skudai and my brother Pit yang kena g Paka, since u all jauh2 belaka, tengok jer la betapa meriahnyer makanan kami di sini :).

No worries, bila u all balik sini nanti boleh celebrate lagi yer! *wink* *wink*
0

Weekend Yang Meriah!

ameeza77 Monday, December 14, 2009
Minggu lepas merupakan minggu yang sungguh meriah! Meriah kerana kami sekeluarga berjalan tak berhenti-henti, dari satu destinasi ke satu destinasi. Walaupun jarak antara destinasi tu tidak berapa jauh, tapi cukuplah untuk membuat badan penat dan kekeringan air...

Kami bertolak dari rumah agak lewat. Destinasi pertama ke rumah kawan di Banting. Sampai Banting pun dalam pukul 12 tengahari. Kami singgah di mcD untuk mengisi perut terlebih dahulu. Terlanjur makan, hubby pun tinggalkan me dengan anak2 untuk bersembahyang jumaat. Oleh kerana hari lahir Sultan Selangor jatuh pada Jumaat lepas... sembahyang jumaat berlangsung agak lama dari biasa ... dekat jam 2.30 barulah hubby sampai ke mcD dan kami terus ke rumah kawan yang terletak berdekatan Pantai Klanang.

Brunch kami di mcD


Menjamu selera sambil berposing...


Baby Riaz Sofeya yang baru berusia seminggu ...


Kemudian kami bertolak ke Desa Subang. Kami sampai pun dah dekat maghrib. Me sememangnya dah plan mengajak adik ipar untuk membeli dan membelah tudung2 indon. Namun, kerana kami sampai lewat petang, kedai2 di Kota Damansara dahpun tutup. Selepas makan malam di rumah adik ipar, kami pun menuju ke uptown kota damansara. Oleh kerana malam Sabtu lepas ada pasar malam di sana, orang2 yang menjual2 tudung dan barangan2 lain membuka gerai2 mereka agak lewat. Kami naik semula kereta dan adik ipar membawa kami berlegar2 sekitar kota damansara. Lebih kurang pukul 10 malam, kami ke uptown semula. Peniaga2 masih dalam proses membuka gerai2 di sana. Kami duduklah minum2 dan makan2 sementara menunggu semua gerai barang dibuka.
Menu ringan kami, 'tahu bakar' dan 'sotong kangkung'.


Haziq, Haiyi dan Nasyif menjamu selera


Esoknyer, hari Sabtu...semua terbangun lewat, maklumlah... sampai rumah pun dah pukul 2pagi... tapi hari Sabtu ni lagi panjang dari Jumaat sebab kami sekeluarga terpaksa ikut hubby buat kerja luar. Lama juga kami semua menghabiskan masa dalam kereta. Turun hanya sekali sekala untuk makan, ke tandas dan meregangkan otot2....

Nasi Kukus Gulai Kawah - brunch kami pada Sabtu lepas


Keboringan... pelbagai eksperesi dari Haziq n Haiyi

Dinner @ PutraThai


Ahad keesokan harinya kami menuju ke Paroi Jaya Seremban pula seawal 10.30 pagi. Beratnyer badan nak pergi tapi kami gagahkan juga. Lebih kurang12.30 tghari kami sampai di destinasi kami dan berehat lebih kurang sejam sebelum berarak bersama2 pengantin ke lokasi persandingan. Walaupun cuaca teramatlah panas, Haziq dan Haiyi lah yang paling seronok kerana dapat berarak dengan pengantin dan budak2 kompang.

Sekitar persandingan cuzzy Naziah dan Adib di Paroi Jaya

0

Update Marathon

ameeza77 Tuesday, December 8, 2009
Wah lamanyer x update blog. Maaf yer, pasalnyer terlalai ngan beberapa perkara yang memang melalaikan :) Btw, be ready sebab nak update all out nih hehheh...

JB the Tour
Oih, Johor trip nih banyak sweet memories. Tapi kadang2 sedey bila ingat memori yang sweet ni... sebab endingnyer tersangatlah sour. Since hubby ader keje skit masa tuh, so my sis bawa me n anak2 makan2 n round2 JB, port wajib ialah Danga Bay, tapi kali nih budak2 x dapat nak bermain sangat sebab asek hujan jer. Rasanya lebih banyak masa kami abiskan dalam keta compare ngan hotel. So best la tak dok terperap jer ... credit to my sister KISH.

Balik dari Johor tuh meme sengasara sikit. We all bertolak around 1am. Esoknyer me ada peksa dan Haziq lak ada graduation ceremony. Sampai Klang dekat 6.30am. Adui bayangkanla. Haziq ok lah sebab dapat tdo dalam keta sepanjang perjalanan, tapi me terkebil2 sebab dok temankan hubby yang ngantok. Pendek kata my hubby nih meme x leh harap dok bawa keta jalan pagi2 buta sebab dia senang ngantok. Me yang sgt2 susah at sebab kami bertolak lewat malam ditenangkan hubby malam sebelumnyer. Kate hubby ' ayang jangan risau, abang ok jer drive, ayang tuh tdo sebab esk nak peksa' ... sebab kate2 hubby tuh tersangatla sweet, me percayalah 100%. Adui, tapi lepas ni me tobat takan caya lagi. End up we all benti dekat 4 perhentian for hubby basuh muka dan melelapkan mata barang 20 minit - 1/2 jam hahhaha... Tapi alhamdulillah .. me sempat sampai ke college sebelum am dan haziq pun sempat sampai ke sekolah sebelum 7.30pg.

Few pics sepanjang di JB

Final Exam
Sepanjang minggu tu me ada 5 paper termasuklah Sabtu dan Isnin depannya. Tapi alhamdulillah, berkat menjadik budak nerd yang asek duduk library, me dapat buat semua paper ngan baik. Insyaallah ... me confident ngan result yang bakal kuo January 2010 nanti :)

Ika & Azhar Wed
Dalam minggu yang sama tuh actually my ialah wedding day my cuzzy Ika n Azhar. That was the 1st time me pergi majlis kawen relatives nih lenggang kangkung jer. Pasalnyer, me tgh exam kan, serius me x buat pape pun tuk Ika n Azhar. Harap dpa fahamlah ngan my situation masa tuh yer. Next... if im not mistaken majlis belah lelaki di Kelate will be this coming 26th... (Kire2 budget cukup tak klu nak g.... hehheh)

Pengorbanan di Idul Adha
Raye Korban this year me beraya di kampung hubby jer. Sampai2 jer around 10 family belah sana baru nak makan. Heheh what a gud timing seh :) Lepak sampai lepas jumaat sebab after jumaat atok n wan kononnyer nak bawa budak kecik 2 orang nih g Terengganu. We all nih cepat2 la bertolak dari kampung hubby sampai mak mertua ajak makan tghari pun we all tolak. Sampai2 jer di umah atok, tau2 atok wan n my sis dah tuko plan ke cameron higlands n dok tinggalkan budak kecik 2 orang nih without a words.

I was like so speechless, tensed and bengang yang teramat sgt lebih2 lagi mengenangkan we all tolak mentah2 bila my MIL ajak makan. Apatah lagi bila melihat muka FRUSTRATED haziq, x sampai hati me melihatnyer :( Hurm, alasan depa pagi tuh di Marang banjir. Bukanlah me nak marah apa sangat pun, but apalah salahnyer kalau depa khabar awal2 so that we all can spend more time @ kampung hubby n Haziq pun x lah frust sangat :((

Trip to Zoo Negara
Nak mengubat hati Haziq yang luka, me berbincang2 ngan hubby mana nak bawa budak kecil 2 orang nih g jalan. Dgr2 cite time tu my SIL(kakak hubby) nak ke cameron highlands juga esoknyer. At last me n hubby decided to go to zoo since blakang tu ada Kemensah Camp boleh la bawa budak2 nih mandi manda klu cuaca panas sangat.

Haziq n Haiyi excited sangat bila sampai zoo. Walaupun dpa nih dah 2 -3 kali g zoo, zoo Melaka lah, Zoo Taiping la, termasukla zoo negara nih, tapi memory tuh semua samar2 since diaorg berdua kecik lagi masa tuh. But now both of them dah pandai tengok, appreciate n yang paling x best banyak tanya about the animals (sometimes me pun x tau manatang aper, terpaksala depends kat description yang zoo sediakan)

Haziq n Haiyi @ Zoo Negara

Then sempat budak2 dua orang nih g kat booth bergambar. Haziq n Haiyi bergambar ngan miniature horse yang didatangkan dari Argentina (Horbit nama dia). Haiyi lak personally mintak bergambo ngan ular sawa yang bso n panjang. Me yang ngeri n Haiyi duduk ditengah2 lilitan ular sawa tu sambil tersenyum steady jer... Amik pics tuh pun cost us rm20. Oklah sebab gambo cantik n budak2 ader peluang tuk peluk2 kuda n pegang ular kan ...

Tapi me n hubby lain pulak. Both of us was so shocking sampai la nih huhuh. Shocking ngan entrance fees, tram fees and lain2 fees yang semuanyer perlukan RM bila anda ke Zoo Negara. Kalau dulu mana2 parents pun leh bawa anak2 ke zoo negara atau mungkin ada yang ke zoo setiap minggu, la nih zoo negara hanya untuk parents yang mampu. Masuk jer rm25 4 malaysian adults and rm9 for malaysian kids. Total we all spent that week around rm200++ inclusive toll, meals (kat luo zoo yer) n petrol. So pada mana2 parents yang nak ke zoo negara ( 2 adults + 2 children) make sure anda bawa rm secukupnyer yer :))

Door Gift 2117
Then me start busy ngan preparation for my cuzzy wedding (congrats to Naziah n Adib). Busy sebab my auntie tempah 2000++ brownies n cheese fruit cake as their door gift. Macam biasa la my hubby jadik orang kuat bila me ader tempahan2 beso cam gini. Both of us x tdo 2 malam sibok dok siapkan order nih. However, me n hubby happy sgt sebab smuanyer berjalan lancar macam selalu juga :)

Happy Couple (credit to pengantin pompuan, me amek pic frm her fb hehhe)

Brownies n Fruit Cheese Cakes

New from Haziq

Dalam masa me n hubby busy buat order tuh, Haziq diam2 telah digondolkan oleh atoknyer! Hurm, another case yang me x tau nak citer. Apapun, buat masa nih dia tetap gondol n rambut tu akan tumbuh semula. Its just that, me tul2 x comfortable cause atok selalu wat decision without our consent....
Haziq setelah digondolkan...

Okey guys and gals... tu lah jer yang sempat me ingat2 n korek2 dalam tempurung memori nih. Klu ader yang tertinggal sana sini tu, its because me x moh ingat, n x moh ingat, n x moh ingat lagi perkara2 yang sepatutnyer berlaku tu .... or betul2 me terlupa!
 
Copyright 2010 four.of.us