Archives

4

Minggu Pertama Sekolah Pt 3

ameeza77 Wednesday, January 27, 2010
Tahun ni tahun ketiga Haziq bersekolah. Me gembira kerana akhirnya Haziq dapat environment yang sesuai dan rasi dengan dirinya. Tahun pertama persekolahan Haziq di Qdees banyak membantu dalam subjek English dan matematik. Bagaimanapun, tahun kedua (3 bulan sahaja) sangat mengecewakan kerana Haziq masih tidak dapat menguasai suku kata bahasa melayu. Ada juga beberapa isu yang sangat mengecewakan hingga me membuat keputusan untuk membawa Haziq ke pra sekolah kerajaan.

Kasihan Haziq, keluar mulut rimau masuk pula ke mulut buaya. Pra sekolah bukan tempat yang baik untuk Haziq juga. Walaupun Haziq mula menguasai suku kata dengan baik namun guru kelas yang kuat menegking dan marah2 hanya memburukkan lagi suasana pembelajaran Haziq. Itulah sebabnya, me memilih Pra Sekolah Jais yang dahulunya dikenali sebagai TAKIS Klang. Me sememangnya amat berpuas hati dengan guru2 di sekolah ini yang hormat pada ibu bapa dan menyayangi anak2.

Me rase, guru2 muda sekarang ni kurang sabar dalam mendidik. Mungkin menjadi pendidik kerana dah tak ada kerja. Ahkirnya anak2 yang menjadi mangsa. Seharusnya, pra sekolah merupakan pusat pembelajaran yang paling kritikal pada anak2. Ini kerana pengalaman anak2 ini akan kekal dalam hatinya hingga dewasa. Bayangkanlah anak berusia 5 tahun (ada yang belum mencapai 5 pun) dijerit dan diherdik setiap hari (style kononnya), di suruh lap muntah sendiri (mendidik konon) dah dipaksa makan makanan yang sememangnya tidak boleh diterima tekak hingga anak2 ini muntah (juga mendidik katanya)... mungkin kerajaan harus melakukan pemantauan yang teliti ke atas guru2 ini. Natijahnya tidak ada apa yang berubah walaupun guru2 muda ini mengikuti kursus yang saban waktu diadakan sehingga menggunakan waktu persekolah juga kadang kala....

Tahun ini, me boleh menarik nafas lega bila melihat Haziq boleh menjadi dirinya sendiri. Haziq gembira dengan persekitaran baru dan kawan2 barunya. Apa yang paling penting me paling puas hati bila Haziq mendapat guru yang pernah mengajar me 27 tahun yang lepas. Perasaan 'warm' masih berbekas pada sekolah, darjah dan guru terbabit masih berbekas di hati ini... me berharap Haziq juga berpeluang melalui apa yang me rasa...


Kelas Haziq

Di kantin

Berbaris sebelum masuk kelas

Ceria

Inilah wajah sebenar yang me perlukan agar hati ibu ini tenang selalu

Di kesempatan ini me nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu pra sekolah TAKIS (sekarang pra sekolah JAIS) me iaitu cikgu Nour Eisiah kerana membina jati diri, dan keyakinan yang tinggi dalam diri ini...
0

Minggu Pertama Sekolah Pt 2

ameeza77
Aiseh, banyak sungguh pics yang masih belum di upload. Lately pulak kerap sangat sakit kepala. Tak tau lah kenapa. Sensitif pada cahaya, bising, tense sikit mula la migrain datang. Apapun, banyak sangat gambar yang diperam dalam simpanan...

Antara pic Haiyi yang sempat me snap awal minggu persekolah. Haiyi excited sangat nak ke sekolah sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa bila sampai je di sekolah Haiyi mula lah tersebek2. Tapi Haiyi tak lah pula menagis. Malah Haiyi cuba tahan tangis dengan meletakkan tangan ke muka dan menegangkan kulit muka.

Balik jer dari sekolah, Haiyi bercerita 'umi, kalau Haiyi tak tak buat macam nh (tegangkan kulit muka dengan kedua tangan) nanti Haiyi cry'. Haiyi meme kurang sikit bersosial, tak seperti Haziq yang pantang jumpa orang :)). Tak kira tua muda selamba aje dia menegur.

Di kantin dengan muka sebek sebab ingatkan umi dah babah dah balik

Dalam kelas, dapat juga snap Haiyi tersenyum

Muka protes ..... tak bagi umi balik..

Aktiviti mewarna

Kurang dari 10 orang pelajar kerana tahun ini adalah tahun pengenalan Jais membuka kelas untuk 4 tahun (me gembira sangat ... kelas yang kecil akan memudahkan proses suai kenal Haiyi dengan rakan2)
4

Minggu Pertama Sekolah

ameeza77 Sunday, January 24, 2010
Keperluan Sekolah


Kasut sekolah Haiyi


Alat tulis umi


Alat tulis Haziq n Haiyi


Beg sekolah


Hari pertama sebelum ke sekolah

Percaya atau tidak, inilah pra sekolah me dulu :) Masih teguh! Beberapa kenangan yang menyeronokkan masih terpahat kukuh dalam memory ini. Part yang paling seronok ialah, Haziq dapat guru yang sama mengajarku 27 tahun yang lalu! Malah Haziq juga dapat bilik darjah yang sama :))

Bangunan depan sekolah

Seronok main buai

1st day - beskut jer ker :p

x cukup la tu :)

Haiyi sangka dia sekelas dengan abang!

2

Selamat Tahun Baru 2010

ameeza77 Friday, January 1, 2010
ntah kenapa
teringat akan janji seseorang
tercalit sedikit rindu di dada
walau kian mendak dengan sebak
hati kecil tetap mengharap dan berdoa
akan hadirnya

ntah bila
terungkai segala rahsia
yang menjadi anar pada hati robekku ini
yang seakan menekup aku dari bernafas
termanggu aku di dalam suram
menongkah fikiranku sendiri
berteka teki menepis andaian

ntah kenapa
teringat janji kau taburkan
di tahun baru ini :(

(dadaku benar2 sesak, aku bermimpi kau datang, membawa bahagia.... mode - sedih dan terluka)
 
Copyright 2010 four.of.us