You Are Reading

5

Picnic @ Kemensah

ameeza77 Friday, August 7, 2009
Akhirnya! Dapat juga me uploadkan gambar2 picnic 1 Ogos lepas. Sedih jugala sebab ramai yang tak jadi pergi saat2 akhir. Pit tak dapat ikut serta sebab terpaksa ke Melaka atas urusan kerja. Wan, mksu dan keluarga semuanya tak berapa sihat. Alhamudulillah mak masih juga nak ikut dan KISH pun turut serta.

Kami sampai agak lambat walaupun keluar dari rumah agak awal. Sampai je rumah bonda, bonda masih sibuk memasak nasi goreng untuk orang2 yang di rumah. Kami bertolak lebih kurang pukul 7.30 pagi. Tak la jauh perjalanan, lebh kurang sejam lepas tu kami sampai.

Sampai sahaja di camp site tu hati yang terlonjak2 gembira terasa kendur sedikit bila melihatkan tempat tersebut agak cramp. Faciliti pun nampak tidak begitu teratur di tambah pondok2 yang dibina begitu dekat antara satu dengan lain. Kami bernasib baik kerana D telahpun menyewa tempat yang agak strategik di tengah2 camp site tersebut. Sebuah pondok dan meja makan bulat menjadi port kami. Kemudian, bonda pula menyewa sebuah pondok kecil tetapi agak mahal. Walaubagaimanapun, pondok tersebut penting untuk bonda berehat, sembahyang selain menyimpan barang2 penting.

Bonda berposing @ pondok

Budak2 bergayut ala tarzan sebelum terjun ke kolam

Tempat BBQ sedia ada

Bekalan makanan pun banyak la sangat. Seronok me tengok budak2 yang ada tu semua perabis semua cabbage slaw yang me bawa. Potatoes salad pun laku juga. Selain dua menu tu, me bawa ayam yang telah siap diperap semalaman. Jika diikut perancangan me nak bawa juga lamb chop, memandangkan ramai yang tidak turut serta, me batalkan jer niat tersebut.

My SIL pula bawa ikan, kerang, sotong dan udang serta buah-buahan. Bonda pula bawa nasi, kerabu cekur dan karipap. KISH pon tak kurang juga bawa pelbagai jenis minuman bergas, air mineral, susu coklat, pelbagai jajan n susu coklat untuk budak2.


Ayam, ikan, sotong dan udang


Kena banyak sabar rupanyer bila buat aktiviti bakar membakar ni ...


Kerang yang my SIL bawa


My potatoes salad


Makanan dan minuman yang KISH susun rapi (sib baik ada tangan magic KISH)

Lama juga baru me ambil keputusan untuk turun ke air. Sungguh tak sangka bila jejakkan kaki ke dalam kolam, barulah me tahu betapa sejuknya air kolam tersebut. Rupanya air yang megalir ke kolam tersebut ialah air bukit. Malah, anak2 ikan bermain di tepi2 kolam dengan jinaknya, kadang2 menggigit2 kecil kaki me jika dibiarkan tak bergerak2. Beruntung anak2 ikan di kolam tu tempoh hari sebab dapat makan twiesties sampai 2 paket. Seronok jugalah budak2 yang ada di sana memberi dan melihat ikan makan.

Surprisingly, air kolam tersebut langsung tidak mempunyai berbau atau rasa. Airnya sangat jernih dan sejuk. Rasa kendur tadi terus hilang diganti dengan rasa gembira yang teramat sangat ..

Lihat betapa jernihnya air, sayangnya camera tak cukup canggih untuk snap anak2 ikan


Nasyif

Haiyi dan Nasyif

Me, Haziq dan Haiyi


and babah ...

Hubby, dan budak2 di gigi air


Sejuknyer...

Haziq seronok sangat dan tak nak langsung pandang ke arah camera

Best2! Memang seronok dan tak sabar nak pergi lagi sebenarnya. Haziq dan Haiyi pun dah minta bermalam kat sana .....

5 comments:

nieja said...

alaaaaaaa
bestnyeee
jeles je nieja tgk
wow ayam tu
nakkkkkkkkk!!
ade stong lg tu..
sedapnyeeeeeee

Kish said...

Hehu.. akhirnya dpt juge kamu mengupdate ye~! he he.. nieja lenkali jom ah kita g sesame. Nieja dekat ej da tu kat sek 13 kan, he he. leh la kita berbabeku bersame.. he he *Skema lak pulak ayat saya* ha ha

nieja said...

jom laaaaaa
nak gak join..

ameeza77 said...

Seyes nieja nak join?
Jom kite plan baiknyer!!
Tapi cik KISH ntah bila nak balik
Pas2 dah nak dekat pose
sob sob waaaaa!!

Kish said...

hehu... asal nak g camping je, tunggu saya ye. huhu. erkz ... diss weekend balik~! besh~ jom g trawikh sesame jom... lalalala

 
Copyright 2010 four.of.us