4

Cuti Semester

ameeza77 Thursday, May 20, 2010
Lamanya tak update blog nih... bukan malas, tapi mood kurang heheh... nama jer cuti, sedar x sedar dah lebih dua minggu bercuti rupanya. Tapi x rasa macam cuti pon, terasa busy sangat! Rutin setiap hari beginilah lebih kurangnya;

Pagi2 hantar budak2 g sekolah, then terus ke umah bonda. klu x ke mana2, amek peluang untuk tengok tv n enjoy bkfes ngan bonda n ayahanda. Yer2, tahu.. asek menternak lemak, tapi nak buat macamana, access to food alamak x leh nak citer klu dah dok kat umah bonda. Klu kat umah x rajin buat air manis, tapi kat umah bonda sgt rajin minum air manis sebab bonda sekejap2 buat nescafe, pastu teh pulak ... adui sedapnyer!

Then around 11.30 bdk kecik 2 org pon balik dari sekolah. Maka riuh rendahla umah dengan suara depa berdua. Sampai jer soh depa mandi, n lepas tuh terus lunch. After lunch nih la activity yang sgt mencabar keimanan berlangsung! Kasik tuisyen kat bdk kecik 2 orang nih. Last month, me spent around rm60 beli activity books for they all. Mesti korang ingat ala, rm60 apalah sgt... well to tell u the truth, buku2 tuh banyak n melambak okeh! sampai bdk kecik 2 org tuh me rasa x cukup napas buat kerja :p

Jgn salahkan umi dia sebab umi dia sgt risau bila telek2 silibus darjah 1. since haziq akan masuk year 1 tahun depan, haziq la yang jadi mangsa utama. Tapi me bangga sebenarnya ngan bdk kecik 2 org nih, memula tuh memang susah nak biasakan depa ngan schedule baru tuh, especially sampai 2 jam straight buat keje kat buku2 tuh ... tapi x per, usaha itu tanda kejayaan, lagipun sementara me cuti nih kan....

Around 2.30... saat2 penyeksaan depa berakhir n depa dibenarkan tdo, tgk tv atau pape la mereka suka. Biasanyer tv or depa main 2 org. Petang klu x panas n windy, depa main kat luo, if not tv lagi. After mandi ptg... around 7 camtuh depa start belajar lagi, sometimes sampai kul 8 - 9. Kijam sungguh umi depa :p

Malam depa dah x larat, otak dah berat, senang sikit depa tdo awal. Me pun dah keletihan n x larat dah nak tengok tv or berfb or berblog sampai pagi hari....

Oh, selain rutin biasa nih.... me sibok membantu adik me yang nak kahwin on coming 30th... sometimes kuo ngan bonda cari brg untuk doorgift, tuk kuih.. tuk barang kek... n sebagainyer. Semalam sehari suntuk bz ngan adik n future SIL mencari bunga paha n bunga telur n barang2 hiasan tuk hantaran....

tghari ... g tailor tempah baju melayu tuk smua lelaki dewasa.... petang pula g ke tempat mak andam n settlekan few things, kerusi tuk makan beradab, check on progress baju pengantin n segala bagai!

uisk... penat tapi seronok...
2

Thalassemia Negative!

ameeza77 Friday, April 23, 2010
Semalam hubby ambil cuti separuh hari, me meme ader 2 revision class pagi tu, x sangka pula last class tu abis lambat. Dekat pukul 2 camtu baru semua selesai. Terpaksa la hubby tgu lama skit. Masuk jer keta, kami terus ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda untuk ambil keputusan ujian thalassemia haiyi.

Alhamdulillah, syukur sgt pada Allah sebab keputusan tu negatif. Sesuatu yang cukup indah untuk didengar petang semalam oleh telinga seorang umi. Tak ader yang lebih indah untuk mengetahui Haiyi sihat :)

Haiyi cuma ada masalah kekurangan zat besi. Itu sebab sistem imun Haiyi x bapa kuat dan dia mudah diserang demam. Doktor sarankan kami salurkan zat besi secara semula jadi iaitu melalui diet seharian. Lepas ni Haiyi kena lah makan broccoli, purple cabbage n ciku banyak2.

Sukar juga nak cater diet Haiyi nih sebab dia terangatla picky. Dia x makan sayur berdaun hijau, dia suka makan buah jer ... terpaksalah umi cari jalan macamana nak bagi Haiyi suka kat sayur hijau lepas nih...

Ops! lupa... ada lagi yang lagi best di sebalik result Haiyi semalam! Lepas nih boleh la Haiyi dapat baby girl, yeay!
4

Haiyi Bday 1 - 4

ameeza77 Friday, April 9, 2010
happy belated bday haiyi.. wah.. tahun nih haiyi sgt2 balas dendam, selama nih haiyi tengok jer haziq celebrate bday di sekolah .. tahun nih tercapailah impiannya. umi buatkan cake dinasour seperti yang haiyi minta.. warna hijau yang juga menjadi permintaannyer jugak..

i guess i dun have to explain further, tengok jer pics haiyi kat bawah nih dah tau dia meme tersangat2la happy nyer ... terima kasih pada wan belikan buku citer bahasa, pja belikan pedang yang dituntut haiyi berhari2, mkngah belikan jam ben10, akak hema n mona 4 the story books, abang asyraf, abg dhana n abg vin 4 jam upin ipin, sis leya bawakan pizzas :), aunty f***** *e sebab bagi ang pau bday!!! haiyi meme hepi sgt2! thanks semua :)


Kek 4 Kindy

Kek @ Tasek Teh

Kek @ Bonda

Haiyi @ Kindy

Haiyi with Haziq

Happy kawan2 nyanyi happy bday song...

Goodies 4 friends...

with my uni friends..

Haiyi with cuzzy Nasyif

Haiyi with sis Haema

Haiyi lepas nap...

Nasyif, mklang to be n Haziq

Syiok makan salad

Jom .. kte nak bbq nih

Sorry, malas nak rotate pic :p

Bday boy with bday aunts..

5

sepinggan lontong dan teh o panas

ameeza77
pagi tadi masa bkfes di kedai, kami didatangi aunty berketurunan cina. melihatkan kadar bongkok dan bilangan putih rambutnya, kami anggarkan aunty tersebut berusia 70an. acli dah byk kali kami terserempak aunty tersebut ketika bkfes, setiap kali dia akan cuba menjual minyak anginnya dengan harga rm6 sebotol. tiap kali dia menjual kami menolak dengan ucapan terima kasih dan dia akan berlalu pergi..

namun hari ini, ketika kami sedap menyuap lontong ke mulut, aunty ini terus mendesak kami membeli minyak anginnya. berkali2 juga kami ucapkan terima kasih namun dia terus terusan mendesak. lalu kami bertanya adakah dia lapar dan hendak makan. auty tersebut bertanya kembali, adakah kami ingin memberinya makan? lalu kami mengunjuk tempat duduk kosong di meja kami.

dalam benak ini terfikir tentulah aunty ini lapar dan hendak makan nasi. lalu kami bertanya adakah dia ingatkan nasi lemak? dia mengunjuk ke arah lontong dan dan teh o suam kepunyaan kami. apabila hidangannya sampai, dia makan dengan tenang...

yang menarik perhatian kami (me n hubby) bukanlah aunty ini. tapi pakcik n makcik yang duduk bersebelahan meja kami. kedua2 mereka dalam lingkungan yang sama dengan aunty tadi, mungkin berusia 60-70an. jelas lagi terang kami terdengar perbualan mereka berdua. si makcik memberitahu suaminya kami berdua memberi makan kepada aunty cina tadi...

si pakcik menjawab... ah biarlah, dia BANYAK DUIT!
11

aku dan dia -pt2

ameeza77 Sunday, March 21, 2010

Hari ini aku berasa agak dengkil kerana terpaksa ke sekolah. Hari Sabtu adalah hari untuk bermalas-malas di rumah. Hari untuk bangun sedikit lewat dan… hari untuk bersarapan nasi lemak bersama adik-adik. Terbayang-bayang nasi lemak makcik faddy yang bapa belikan untuk sarapan kami adik beradik saban Sabtu. Nampaknya, adik-adikku akan berbahagia dengan nasi lemak mereka. Dan aku akan mengharung perjalanan ke sekolah seawal 7 pagi untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai pengawas. Arghhh! Hari sukan SMRM sungguh membosankan.


Aku ditugaskan di tengah-tengah padang yang maha panas. Bertugas menjadi pak tungguk sememangnya amat menguji keimanan. Selain berdiri… berdiri… dan berdiri, kadangkala aku terpaksa juga berlari-lari anak ke arah guru yang melambai-lambai meminta bantuan.


Masa berlalu begitu pantas sekali, sedar-sedar sahaja matahari telah pun berada tepat di atas kepala. Pakaianku mula dibasahi peluh, muka pula bagaikan bah di bawah panahan cahaya matahari yang membahang sekali! Manakan tidak, semua orang berpakaian sukan, aku yang berstatus pengawas ini terpaksa berpakaian lengkap sekolah.


“Dik, dik.. tumpang tanya…” sapa satu suara di belakangku. Aku pantas memalingkan tubuh memandang tepat ke arahnya.


“Ya, sa.. saya…” jawabku gugup. Ya Allah, ini pemuda yang selalu kuperhatikan setiap kali waktu menunggu bapa. Ya! Tidak syak lagi, dialah orangnya. Aku amat pasti. Bahang yang menjadi bebananku sebentar tadi hilang ditelan kehadirannya. Aku memerhatikan dia. Masih dalam fesyen yang sama, kemas berkemeja biru dan masih berslack hitam. Dan... hahaha, payung cetinya juga masih kejap ditangan. Pasti dia baru kembali dari pejabat.


“Dik…”, suaranya membantutkan lamunan ku.


“Adik nampak cikgu Solleh?” soalnya bila aku tidak memberikan sebarang respon.


“Oh, cikgu Solleh… ada di tengah padang sana…” balasku sambil menghalakan tangan ke arah padang.


“Abang ni siapa?” soalku.


Pelik juga mengapa dia mencari guru sejarahku. Bagaimana mereka berdua berkenalan? Kepalaku sarat dengan pelbagai soalan pada ketika itu.


Bersambung…

6

aku dan dia -pt1

ameeza77 Tuesday, March 16, 2010
Hubby jangan jeles yer... akan datang cerita mengenai u juga nanti ..... masa nih kita x kenal lagi :p

Minggu lepas, me berkesempatan melawat sekolah yang telah me tinggalkan hampir 16 tahun yang lalu (eh tahula korang umur me yer :p). Terlalu banyak memori yang terpahat dalam kotak kepala me. Pengalaman sepanjang 5 tahun di sekolah itu banyak manis dari pahit. Kalaula ada peluang, me ingin kembali ke zaman lalu, mengulang sejarah dah memperbaiki mana2 yang kurang :)

Antara kenangan yang tidak dapat me lupakan waktu berada di tingkatan 1 ialah memiliki kasih seorang abang! Abang yang mengajar me banyak bersabar mengharungi liku hidup seorang remaja, yang membuat me mengerti akan kasih seorang perempuan kepada lelaki yang bukan mahramnyer (version adik n abang yer :p), yang mengajar me bermimpi untuk ke menara gading, membuka mata me seluas-luasnya bahawa ada dunia lain disebalik sekolah dan rumah, mengajar me erti secure, dan yang paling penting dialah satu2nya insan yang membuat me berasa sangat istimewa sebagai individu. Dia insan yang me hormat ketika itu selain mak dan bapa.

Apapun, me harap insan tersebut atau isterinya (merangkap kakak angkat yang me sayang n cinta juga) tidakla terbaca memori ini, sekadar peristiwa indah yang ingin me garap dan lakarkan agar lebih kekal di kotak kepala ini.



.......... dan bermula sebuah kisah aku dan dia..........


Petang itu bapa lambat lagi. Sudah hampir maghrib namun bayang bapa masih juga tidak kelihatan. Aku semakin gusar, pintu pagar sekolah sudah tertutup rapat, tinggal belum dikunci saja. Aku pula masih setia di pondok yang sama. Pondok yang paling dekat dengan pagar. Tiada bayang pelajar lain kelihatan, cuma aku yang masih menunggu di situ. Setia….. seperti hari-hari sebelumnya.


Namun hati gusarku terus berhenti. Pemuda yang sama kelihatan lagi. Dari jauh.. aku terjengkit-jengkit mengintai. Ingin membenarkan kata hati, mengiakan pandangan mata kasarku. Sesabar mungkin aku menunggu kelibat bayang misteri itu. Aku pasti dia akan lalu lagi. Hampir postitif dia akan melintasi aku seperti semalam, seperti kelmarin dan seperti hari sebelumnya. Eh, apa yang telah aku lakukan? Adakah aku menunggu akan kehadirannya pada lewat petang seperti itu... seperti selalu... :)


Pemuda itu semakin hampir. Masih dalam pakaian yang sama, berseluar slack hitam dan berkemeja putih. Namun apa yang menggamit aku untuk terus memerhati ialah payug ceti ditangannya. Dia melintasi aku, tanpa menoleh sedikitpun. Ya.. amat mahal mahu menunjukkan raut wajah sebenarnya. Apatah lagi melempar senyum kepadaku. Jika benar kiraanku dia hanya berjalan tegak dan sesekali menundukkan kepala apabila dia melintasi aku. Mungkinkah dia sedar akan kehadiranku di situ? Atau sememangnya dia tidak pernah peka, hanya berjalan melewati hari-harinya seperti selalu sebelum menghempaskan tubuh dan mindanya yang letih bekerja. Itu andaian aku. Namun aku tidak berkecil hati. Malah, aku gembira melihat dia melintasi aku setiap hari. Sekurang-kurangnya masaku terisi juga sementara menunggu bapa yang tak kunjung tiba. 'Ponnnnnn' hah! bapa dah sampai, jauh sungguh aku mengelamun, dan bayang pemuda itu juga sudah jauh meninggalkan aku sebenarnya....



.........bersambung.............

8

Kasihan Haziq :(

ameeza77 Sunday, February 7, 2010
Haziq baru cerita satu rahsia yang tiba2 dia teringat kepada me...

'umi, masa Haziq kat sekolah S** kan, kak J* kurung Haziq dalam bilik air, lama umi...'
'Napa kak J* kurung Haziq?'
'Sebab Haziq tak tau baca :('

Rasa geram ada, nak menangis pun ada, nak pergi balik sekolah tu dan m*** orang tu pun ada, macam2 perasaan sebenarnya ada dalam dada ni :(. Bila renung muka Haziq tengah tidur atau tengok gambar2 Haziq yang ada dalam blog, fb atau lappy nih, tersentuh sungguh jiwa ibu me :(.

Kasihan Haziq, sedari usianya 4 tahun lagi, macam2 perlu dia lalui untuk bersekolah. Apalah yang Haziq tahu dalam usia semuda itu. Me hantar Haziq ke sekolah dalam usia yang muda pun, bukannya nak dia rasai getir hidup! Me hantar dengan harapan, dari dia duduk di rumah dan menonton tv, baikla Haziq belajar bergaul dengan rakan-rakan dan belajar sedikit sebanyak ilmu 3M.

Kadang kala me tak faham dengan sikap guru2 dan pembantu guru pra sekolah masa kini. Perlukah kamu semua bersikap kejam dengan kanak2 yang begitu bersih hati dan fikirannya? Perlukah kamu semua bermuka2 baik di hadapan ibu bapa tapi menghukum anak2 ini dengan tidak bertimbang rasa di belakang mereka. Bagaimanakah anak2 ini dapat membina jati tiri yang positif kiranya dari pra sekolah lagi mental mereka ditekan?

Me rasa me terpaksa juga berbuat sesuatu, me HARUS membuat aduan ke pejabat pendidikan daerah! Walaupun Haziq tidak lagi bersekolah di pra sekolah S**, mungkin me masih boleh menyelamatkan nasib anak2 kecil yang lain :(

Nasihat me pada pelajar2 institusi tinggi awan dan swasta, kiranya kalian tidak mampu memikul tanggungjawaab, menggalas amanah di bahu serta mempraktikkan ilmu perguruan yang kalian pelajari, usahla menjadi guru!

Kepada cikgu A** dan kak J*, me berharap kalian berubahla, jangan lupa kalian juga ada anak yang akan bersekolah! Semoga emosi mereka tidak rosak sebagaimana kamu berdua merosakkan EQ Haziq! me tetap mendoakan yang baik2 untuk anak kalian, kerana yang buruk itu adalah kalian berdua!


 
Copyright 2010 four.of.us