11

aku dan dia -pt2

ameeza77 Sunday, March 21, 2010

Hari ini aku berasa agak dengkil kerana terpaksa ke sekolah. Hari Sabtu adalah hari untuk bermalas-malas di rumah. Hari untuk bangun sedikit lewat dan… hari untuk bersarapan nasi lemak bersama adik-adik. Terbayang-bayang nasi lemak makcik faddy yang bapa belikan untuk sarapan kami adik beradik saban Sabtu. Nampaknya, adik-adikku akan berbahagia dengan nasi lemak mereka. Dan aku akan mengharung perjalanan ke sekolah seawal 7 pagi untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai pengawas. Arghhh! Hari sukan SMRM sungguh membosankan.


Aku ditugaskan di tengah-tengah padang yang maha panas. Bertugas menjadi pak tungguk sememangnya amat menguji keimanan. Selain berdiri… berdiri… dan berdiri, kadangkala aku terpaksa juga berlari-lari anak ke arah guru yang melambai-lambai meminta bantuan.


Masa berlalu begitu pantas sekali, sedar-sedar sahaja matahari telah pun berada tepat di atas kepala. Pakaianku mula dibasahi peluh, muka pula bagaikan bah di bawah panahan cahaya matahari yang membahang sekali! Manakan tidak, semua orang berpakaian sukan, aku yang berstatus pengawas ini terpaksa berpakaian lengkap sekolah.


“Dik, dik.. tumpang tanya…” sapa satu suara di belakangku. Aku pantas memalingkan tubuh memandang tepat ke arahnya.


“Ya, sa.. saya…” jawabku gugup. Ya Allah, ini pemuda yang selalu kuperhatikan setiap kali waktu menunggu bapa. Ya! Tidak syak lagi, dialah orangnya. Aku amat pasti. Bahang yang menjadi bebananku sebentar tadi hilang ditelan kehadirannya. Aku memerhatikan dia. Masih dalam fesyen yang sama, kemas berkemeja biru dan masih berslack hitam. Dan... hahaha, payung cetinya juga masih kejap ditangan. Pasti dia baru kembali dari pejabat.


“Dik…”, suaranya membantutkan lamunan ku.


“Adik nampak cikgu Solleh?” soalnya bila aku tidak memberikan sebarang respon.


“Oh, cikgu Solleh… ada di tengah padang sana…” balasku sambil menghalakan tangan ke arah padang.


“Abang ni siapa?” soalku.


Pelik juga mengapa dia mencari guru sejarahku. Bagaimana mereka berdua berkenalan? Kepalaku sarat dengan pelbagai soalan pada ketika itu.


Bersambung…

6

aku dan dia -pt1

ameeza77 Tuesday, March 16, 2010
Hubby jangan jeles yer... akan datang cerita mengenai u juga nanti ..... masa nih kita x kenal lagi :p

Minggu lepas, me berkesempatan melawat sekolah yang telah me tinggalkan hampir 16 tahun yang lalu (eh tahula korang umur me yer :p). Terlalu banyak memori yang terpahat dalam kotak kepala me. Pengalaman sepanjang 5 tahun di sekolah itu banyak manis dari pahit. Kalaula ada peluang, me ingin kembali ke zaman lalu, mengulang sejarah dah memperbaiki mana2 yang kurang :)

Antara kenangan yang tidak dapat me lupakan waktu berada di tingkatan 1 ialah memiliki kasih seorang abang! Abang yang mengajar me banyak bersabar mengharungi liku hidup seorang remaja, yang membuat me mengerti akan kasih seorang perempuan kepada lelaki yang bukan mahramnyer (version adik n abang yer :p), yang mengajar me bermimpi untuk ke menara gading, membuka mata me seluas-luasnya bahawa ada dunia lain disebalik sekolah dan rumah, mengajar me erti secure, dan yang paling penting dialah satu2nya insan yang membuat me berasa sangat istimewa sebagai individu. Dia insan yang me hormat ketika itu selain mak dan bapa.

Apapun, me harap insan tersebut atau isterinya (merangkap kakak angkat yang me sayang n cinta juga) tidakla terbaca memori ini, sekadar peristiwa indah yang ingin me garap dan lakarkan agar lebih kekal di kotak kepala ini.



.......... dan bermula sebuah kisah aku dan dia..........


Petang itu bapa lambat lagi. Sudah hampir maghrib namun bayang bapa masih juga tidak kelihatan. Aku semakin gusar, pintu pagar sekolah sudah tertutup rapat, tinggal belum dikunci saja. Aku pula masih setia di pondok yang sama. Pondok yang paling dekat dengan pagar. Tiada bayang pelajar lain kelihatan, cuma aku yang masih menunggu di situ. Setia….. seperti hari-hari sebelumnya.


Namun hati gusarku terus berhenti. Pemuda yang sama kelihatan lagi. Dari jauh.. aku terjengkit-jengkit mengintai. Ingin membenarkan kata hati, mengiakan pandangan mata kasarku. Sesabar mungkin aku menunggu kelibat bayang misteri itu. Aku pasti dia akan lalu lagi. Hampir postitif dia akan melintasi aku seperti semalam, seperti kelmarin dan seperti hari sebelumnya. Eh, apa yang telah aku lakukan? Adakah aku menunggu akan kehadirannya pada lewat petang seperti itu... seperti selalu... :)


Pemuda itu semakin hampir. Masih dalam pakaian yang sama, berseluar slack hitam dan berkemeja putih. Namun apa yang menggamit aku untuk terus memerhati ialah payug ceti ditangannya. Dia melintasi aku, tanpa menoleh sedikitpun. Ya.. amat mahal mahu menunjukkan raut wajah sebenarnya. Apatah lagi melempar senyum kepadaku. Jika benar kiraanku dia hanya berjalan tegak dan sesekali menundukkan kepala apabila dia melintasi aku. Mungkinkah dia sedar akan kehadiranku di situ? Atau sememangnya dia tidak pernah peka, hanya berjalan melewati hari-harinya seperti selalu sebelum menghempaskan tubuh dan mindanya yang letih bekerja. Itu andaian aku. Namun aku tidak berkecil hati. Malah, aku gembira melihat dia melintasi aku setiap hari. Sekurang-kurangnya masaku terisi juga sementara menunggu bapa yang tak kunjung tiba. 'Ponnnnnn' hah! bapa dah sampai, jauh sungguh aku mengelamun, dan bayang pemuda itu juga sudah jauh meninggalkan aku sebenarnya....



.........bersambung.............

8

Kasihan Haziq :(

ameeza77 Sunday, February 7, 2010
Haziq baru cerita satu rahsia yang tiba2 dia teringat kepada me...

'umi, masa Haziq kat sekolah S** kan, kak J* kurung Haziq dalam bilik air, lama umi...'
'Napa kak J* kurung Haziq?'
'Sebab Haziq tak tau baca :('

Rasa geram ada, nak menangis pun ada, nak pergi balik sekolah tu dan m*** orang tu pun ada, macam2 perasaan sebenarnya ada dalam dada ni :(. Bila renung muka Haziq tengah tidur atau tengok gambar2 Haziq yang ada dalam blog, fb atau lappy nih, tersentuh sungguh jiwa ibu me :(.

Kasihan Haziq, sedari usianya 4 tahun lagi, macam2 perlu dia lalui untuk bersekolah. Apalah yang Haziq tahu dalam usia semuda itu. Me hantar Haziq ke sekolah dalam usia yang muda pun, bukannya nak dia rasai getir hidup! Me hantar dengan harapan, dari dia duduk di rumah dan menonton tv, baikla Haziq belajar bergaul dengan rakan-rakan dan belajar sedikit sebanyak ilmu 3M.

Kadang kala me tak faham dengan sikap guru2 dan pembantu guru pra sekolah masa kini. Perlukah kamu semua bersikap kejam dengan kanak2 yang begitu bersih hati dan fikirannya? Perlukah kamu semua bermuka2 baik di hadapan ibu bapa tapi menghukum anak2 ini dengan tidak bertimbang rasa di belakang mereka. Bagaimanakah anak2 ini dapat membina jati tiri yang positif kiranya dari pra sekolah lagi mental mereka ditekan?

Me rasa me terpaksa juga berbuat sesuatu, me HARUS membuat aduan ke pejabat pendidikan daerah! Walaupun Haziq tidak lagi bersekolah di pra sekolah S**, mungkin me masih boleh menyelamatkan nasib anak2 kecil yang lain :(

Nasihat me pada pelajar2 institusi tinggi awan dan swasta, kiranya kalian tidak mampu memikul tanggungjawaab, menggalas amanah di bahu serta mempraktikkan ilmu perguruan yang kalian pelajari, usahla menjadi guru!

Kepada cikgu A** dan kak J*, me berharap kalian berubahla, jangan lupa kalian juga ada anak yang akan bersekolah! Semoga emosi mereka tidak rosak sebagaimana kamu berdua merosakkan EQ Haziq! me tetap mendoakan yang baik2 untuk anak kalian, kerana yang buruk itu adalah kalian berdua!


7

Chilled Durian Cheesecake

ameeza77 Friday, February 5, 2010 ,
Erm, kebelakangan nih me suka sgt blog walking kat foodie2 blogger. Banyak resepi menarik yang me jumpa, antaranya ialah chilled durian cheesecake dari Kitchen Corner. Dah banyak kali dah me buat cake nih dan alhamdulillah it is a NO FAIL resepi. My 1st attempt buat cake ni bulan lepas untuk birthday maksu dan angah.

Masa excited sangat buat cake tu, kebetulan gf adik n adik me ada bertandang ke rumah. Tengah sibok memfrosting cake sambil chit chat dengan gf adik me, air panas menggelegak yang me guna untuk licinkan cake tertumpah tepat2 atas perut me nih. Apa lagi menggelupur bagai ikan hidup masuk kuali. Cepat2 me siram dengan air dah sapukan colgate. Ya Allah, bisanya tak terperi!

Yang kelakarnya, lepas setengah jam berlalu, me kembali memfrosting cake dalam keadaan bisa dan sakit. Petang tu kami tetap ke rumah wan sebab maksu anak beranak menunggu dari tghari lagi.

Lepas 2 -3 hari, me rasa confident sangat yang burns tu dah kering, dengan selamba me pakai jer seluar ke hulu dan ke hilir dengan my 2nd degree burns. Keadaan bertambah malang pada hari pendaftaran sem baru. Me baru sedar luka tu dah kena jangkitan. Hari tu juga me ke klinik, akibatnya doktor bisingla sebab dah teruk baru sibok nak jumpa doktor.

Malang yang amat2 sangat, pembantu doktor hari tu tersangat2lah b***d!! Apa taknya, me dah warning sebelum dia lekatkan water proof tape pada my burns area tuh. Tapi apa nurse tu kata @ me 'No, no! You look 1st what am gonna do to you, tape ini nipis, tak ada masalah!' ... x sempat nak halang lagi dia dah lekatkan tape tu pada bahagian yang luka sahaja, sedangkan burns area tu melitupi hampir seluruh kawasan tepi pusat :(

As am expected la kan, malam tu lepas mandi, i peeled of my own skin!!!! Menjerit2 Allah sahajalah yang tahu :( the conclusion is ... Kepada semua pelajar UNITAR Kelana Jaya, haramkanlah kaki anda dari memijak klinik MEDIVIRON dalam giant tuh since nurse2 kat situ langsung tidak terlatih!

Shukur Alhamdulilah to Allah, my burns da OK, sel kulit dah berganti baru :) Thanks to hubby cause ringan mulut bertanya @ SIVA pharmacy Andalas (thanks to the pharmacist too for the best recommendation and solution!). Harapkan ubat doktor tu, mungkin sebulan pun tak baik2 my wound! I nak tepek pics my perut, but im afraid after this u all taknak singgah dah blog nih :p... so let me have this scar forever on my stomach, am sure it can remind me on how much passion i have on baking kah kah kah!

Dun worry, there would be NO 2nd degree burns wound's pictures will be pasted here .. :p but, enjoy the chilled durian cheesecake that i made on January 2010 :)





2

Kelas Cuppies

ameeza77
Banyak juga yang me buat awal tahun baru nih .. antaranya ialah menghadiri kelas cupcakes sifu Lynn. Selama ni me buat cake hanya bergurukan forum di Internet. Bila hadir di kelas hands on begini, banyak yang dapat dipelajari, terutama tips2 yang dikongsi oleh sifu Lynn.

group kami


my art work la konon

However, lepas nih kurangla gerun sikit nak deco cuppies. Confident la skit since dah tau buat buttercream yang reliable. Dulu me guna SMBC jer, tapi me suka kurangkan gula sebab tak larat la rasa manis sangat. End up SMBC tu jadi lembut sangat sebab kurang gula kan. Bila guna buttercream nih rasa ok juga, but still me reducekan sugar content dia ... hihih. Boleh la... buat tambah2 pics profile and tambah pendapatan :)
4

Tahun Baru Bilik Baru

ameeza77
Diam tak diam, hampir 4 tahun kami menyewa di apartment ni. Tapi kelakar la juga, selepas 4 tahun barulah kami perasaan bilik yang kami jadikan stor dahulu sebenarnya besar (memanjang sebenarnya).

Proses membuang barang2 bermula. Me sendiri x leh percaya lebih 20 plastik hitam besar dan hampir 20 kotak berisi pelbagai barangan antik kami buang. Yang paling banyak ialah koleksi buku2 sekolah, buku2 college, koleksi majalah, baju2 lama Haziq n Haiyi (semuanya masih cantik, cuma saiz baju je yang kecil sebab mereka semakin membesar), baju2 lama me dan hubby, koleksi langsir2 lama, dannnn......... koleksi muzium perkakasan komputer hubby!

Kami juga keluarkan semula katil slide haziq. Dulunya kami simpan sebab ada incident kecil berlaku. Hampir2 haiyi menjalani pembedahan pada bahagian depan mulut gara2 terjatuh pada slide kayu yang sememangnya keras tu. Darah tak henti2 mengalir dan doktor khuatir memudaratkan bahagian depan mulut Haiyi pada masa tu. Alhamdulillah, sebelum pembedahan dijalankan, darah berhenti dan doktor yakin luka tersebut sembuh sendiri.


Bila mereka berdua dah besar nih, kami suami isteri berasa sedikit yakin yang Haziq dan Haiyi boleh menjaga diri mereka dengan lebih baik. Sukalah dua beradik ni sehinggakan turun naik slide berpuluh2 kali sehari seolah2 tak pernah bermain slide di playground :)

Buat masa ni, bilik utama kami jadikan bilik bersiap. Kami tempatkan almari baju berisi baju2 yang jarang2 kami gunakan di bilik ini. Katil kami bawa ke bilik baru. Kami tempatkan juga rak buku2 dah study table me! Now, semua orang happy!
4

Minggu Pertama Sekolah Pt 3

ameeza77 Wednesday, January 27, 2010
Tahun ni tahun ketiga Haziq bersekolah. Me gembira kerana akhirnya Haziq dapat environment yang sesuai dan rasi dengan dirinya. Tahun pertama persekolahan Haziq di Qdees banyak membantu dalam subjek English dan matematik. Bagaimanapun, tahun kedua (3 bulan sahaja) sangat mengecewakan kerana Haziq masih tidak dapat menguasai suku kata bahasa melayu. Ada juga beberapa isu yang sangat mengecewakan hingga me membuat keputusan untuk membawa Haziq ke pra sekolah kerajaan.

Kasihan Haziq, keluar mulut rimau masuk pula ke mulut buaya. Pra sekolah bukan tempat yang baik untuk Haziq juga. Walaupun Haziq mula menguasai suku kata dengan baik namun guru kelas yang kuat menegking dan marah2 hanya memburukkan lagi suasana pembelajaran Haziq. Itulah sebabnya, me memilih Pra Sekolah Jais yang dahulunya dikenali sebagai TAKIS Klang. Me sememangnya amat berpuas hati dengan guru2 di sekolah ini yang hormat pada ibu bapa dan menyayangi anak2.

Me rase, guru2 muda sekarang ni kurang sabar dalam mendidik. Mungkin menjadi pendidik kerana dah tak ada kerja. Ahkirnya anak2 yang menjadi mangsa. Seharusnya, pra sekolah merupakan pusat pembelajaran yang paling kritikal pada anak2. Ini kerana pengalaman anak2 ini akan kekal dalam hatinya hingga dewasa. Bayangkanlah anak berusia 5 tahun (ada yang belum mencapai 5 pun) dijerit dan diherdik setiap hari (style kononnya), di suruh lap muntah sendiri (mendidik konon) dah dipaksa makan makanan yang sememangnya tidak boleh diterima tekak hingga anak2 ini muntah (juga mendidik katanya)... mungkin kerajaan harus melakukan pemantauan yang teliti ke atas guru2 ini. Natijahnya tidak ada apa yang berubah walaupun guru2 muda ini mengikuti kursus yang saban waktu diadakan sehingga menggunakan waktu persekolah juga kadang kala....

Tahun ini, me boleh menarik nafas lega bila melihat Haziq boleh menjadi dirinya sendiri. Haziq gembira dengan persekitaran baru dan kawan2 barunya. Apa yang paling penting me paling puas hati bila Haziq mendapat guru yang pernah mengajar me 27 tahun yang lepas. Perasaan 'warm' masih berbekas pada sekolah, darjah dan guru terbabit masih berbekas di hati ini... me berharap Haziq juga berpeluang melalui apa yang me rasa...


Kelas Haziq

Di kantin

Berbaris sebelum masuk kelas

Ceria

Inilah wajah sebenar yang me perlukan agar hati ibu ini tenang selalu

Di kesempatan ini me nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu pra sekolah TAKIS (sekarang pra sekolah JAIS) me iaitu cikgu Nour Eisiah kerana membina jati diri, dan keyakinan yang tinggi dalam diri ini...
 
Copyright 2010 four.of.us