7

Eid Mubarak to All

ameeza77 Wednesday, September 23, 2009
'The most excellent jihad is that for the conquest of self' -
Prophet Muhammad (570 - 632).


Hepi Eid Mubarak to all families n Friends...


Warm regards,
Ameeza, Halim, Haziq & Haiyi
7

6th - 11th Ramadhan

ameeza77 Tuesday, September 1, 2009
Nih me tak berapa ingat meals untuk Rmadhan ke berapa, tak sempat nak upload. Hari ni kebetulan agak lapang, me upload la gambar sementara tunggu hubby g terawikh ...

oh bosan2! Tak leh upload pics!!!

Me tak tahu kenapa la sem nih rasa sengal sikit. Dah 2 quiz me buat tapi rasa macam blur2 jer bila jawab soklan. Da la last2 minit baru nak baca, per la nak jadi... malasnyer ko nih meeza! bawa2 la study oit!!!
Mungkin makanan2 nih yang buat me rasa malas kot, hari2 disajikan ngan makanan yang sedap2, perut kenyang penyakitnya M pun datangler...
Menu berbuka today, as usual sedap2 belaka. Tengok la air tangan bonda me nih, x cukup ngan appertizer, main course, dessert bagai tersaji untuk berbuka di hari ke sebelas ni...
11

4th & 5th Ramadhan

ameeza77 Wednesday, August 26, 2009
Bonda memang tahu kegemaranku. Kuih lopis menjadi kesukaanku sedari kecil. Namun kemanisan gula merah yang menjadi teman lopis tak mampu mengikis kesal di hati ini, sekali terpalit lumpur, sampai bila pun berbekas. Mungkin bagi segelintir manusia aku terlalu sensitif, terutama segelintir manusia yang memang azalinya begitu. Namun inilah juga azaliku. Mudah benar tesentuh hati ....

Menu hari ini amat membuka selera. Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan sesiapa, terutama darah dagingnya sendiri. Pulut berteman rendang, mee kuning bersama kuah kari yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, nenas dijadikan air dan tidak lupa kuih kesukaan ku... namun bila hati kecil ini terusik, air tangan bonda pun harus tunggu, tunggu untuk aku pulih seperti sedia kala ....
9

3rd Ramadhan

ameeza77 Monday, August 24, 2009
Aduhai, pagi nih me tak larat sungguh g kelas. Nak tak nak terpaksalah kelas tu dikorbankan gara2 batuk dan selsema yang teruk - sakitnya sampai ke otak. Tambah pulak bisa2 badan. Ni tentulah nak demam. Salah sendiri juga sebab rajin sangat meneguk ais waktu berbuka. Tapi ais nih meme tak boleh tolak. Demam ke, batuk ker, pantang ke (minggu ke dua da stat teguk ais) ais tak pernah tinggal. So tanggungla sendiri akibatnya.

Alkisahnya, terlepasla 1st quiz for that class. Hopefully me boleh la amek quiz tu Rabu ni. Bukan saje pun nak memonteng, tapi dari terkokol2 dalam kelas n mengelamun jer, baikla diteruskan pembaringan yang tak pernah aman tuh (sebab ada 2 orang askar sedang berperang~ aduhai).

Tapi terpaksa juga kuatkan kudrat ni untuk attend kelas petang - subjek 'economic' nih samalah macam ais, kalau tinggal satu topik alamat tenganga2lah x tau nak buat calculation :( Akur dengan kelemahan sendiri dan adalah sedikit kesedaran nak dapat A untuk subjek ni, bisa2, lemah dan sejuk2 badan ku harung juga ler ke kelas.

Lepas jer buka, terus telan ubat selsema sebab ader 1 assignment tak start pun lagi. Rabu nih ada another quiz for another subject. Sem ni rasa banyak main jer, macam malas sangat.. Hey wake up! Please wake me up!

Rini buke bonda masak banyak juga seperti biasa. Antara menu bonda arini ~ keow teow goreng, bubur lambuk (2nd time), rendang kerang,bubur kacang dan kuih kaswi. Me lak bawa balik popiah basah kg kuantan (not that bad KISH), cara berlauk (very bad) n air mata kucing. Jom jamu mata ... (uWaaaa.... tak leh post pics rini ~ blogspot sengal)

Keow Teow Bonda

Cili Jeruk Bonda

Rendang Kerang Bonda

Bubur Lambuk Bonda

Telur Asin Lawan Bubur Lambok

Popiah Basah n Cara Berlauk


Murtabak

I x suke kelapa, so bonda asingkan untuk I...

Kaswi with Kelapa

Air Mata Kucing

11

2nd Ramadhan

ameeza77 Sunday, August 23, 2009
Rini KISH dah nak balik Skudai. Bowing, sat jer dia balik this time. Pity her sebab kena buka dalam bas since tiket dia kul 4.30pm. Hantar KISH bus stand tadi, sebelum tuh carikan dia popiah basah, takot kempunan :). Klu tau dia nak makan popia basah, me beli kulit kat kakak yang niaga nearby my uni tuh, then ble buat sendiri kat umah, puas sikit makan, tak per... if KISH balik awal skit sehari dua b4 raya, hopefully kakak tuh ader niaga n me leh beli kulit popia nanti. Buat sambal n intinyer me tau, kulitnyer tuh me x berani, takot terbakar jari heheh.

Rini yang ader kat meja makan cuma ayanhanda, bonda, hubby, my twin brother n my children pon sibok buke pose :) Menu ari nih pun x seberat semalam ...


Bihun Bonda

Bubur Lambok Bonda

Sardine Roll Bonda

Cucur Udang Bonda


Pau Sec 18

Last but not least ... our peberet, air tebu!

KISH dah selamat sampai SKUDAI. Senang at dah, tapi dia lagi senang at heheh :D hahah. KISH tau la napa dia senang at sgt2 heheh. me pon dah nak balik since hubby dah selesai terawikh. Nanti kite sambung menu esok plak yer, oh, sorry gambar blur, snap ngan hp jer, lupa bawak camera la pulak!

9

1st Ramadhan 1430

ameeza77 Saturday, August 22, 2009
Alhamdulillah, dah pun lepas 1 hari berpuasa. Cuaca pun elok jer mendung sepanjang hari. Dari pagi dok umah jer, kuo sat tengah hari belikan budak2 makanan skit, then lepas asar terus ke umah bonda. Bonda call soh buka sama, bonda masak nasi ayam rini. Kalau bonda tak tepon pun me datang juga hehheh, yerla setakat berbuka berdua ngan hubby kat umah .... kurang meriahnyer, ndak2 Ramadhan pertama :)

Sempat laks ke Jusco Bukit Tinggi. My lil sis dah gaji upanyer, per lagi dia memborongler segala yang bule for Ayahanda n Bonda, n x lupa for si kenit 2 orang tuh. Me cakap kat hubby, nih esok2 klu dia jadik Datin nih, bibik dia jadik mangsa sebab main tunjuk jer barang. Terhegeh2 la bibik dia nanti masukkan barang dalam bakul :p

Dalam hati me rasa x sabarnyer nak abiskan studi n pegang duit macam dulu. Me n my lil sis lebih kurang jer part boros nih hahahha!

Then, my SIL and my brother D with Nasyif datang around 6.30pm. Seronoknyer, semua orang ader. Yang x der my brother Pit, kje kat Sarawak. Rindu laks ngan dier... Nway, nih la makanan yang teramat la banyak, tak terabis pun kami makan. Last2 masing2 tapau buat makan sahur nanti :) Thanks bonda for a wonderful treat !

Nasi Ayam Bonda

Sambal n Kicap Nasi Ayam

Pulut Kuning n Rendang Kerang my SIL

Pengat Pisang Bonda

Sushi KISH

Sambal Tumis Petai SIL

Karipap Bulat Bonda

Air Tebu (Famili Peberet)

Teh Bonda

Ahaks, meme banyak kan :) Dun worry nih hari 1st jer, hari2 lepas nih makin kurang ler nanti menu nyer :)
5

Selamat Menyambut N Menjalani Ibadah Puasa

ameeza77 Friday, August 21, 2009
Me ingin mengucapkan selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lepas.. Semoga segala yang kita usahakan di bulan yang mulia ini menjadi ibadah dan diberkati Allah ....
 
Copyright 2010 four.of.us