0

Tahun 1

ameeza77 Monday, January 3, 2011
Da besar anak umi rupanye... alhamdulillah, hari pertama haziq ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama berjalan lancar. Haziq sgt2 berdikari dan mudah menyesuaikan diri. Nampak lebih yakin dalam pergaulan dan nampak mudah buat kawan.. senang sikit hati umi :)

Kasihan pun ada bila umi tengok haziq menggalas beg, berat sungguh! Buku aktiviti dan teks 16 buah kesemuanya. Belum lagi buku latihan. Bila umi nak tolong bawakan, haziq menolak. Nak bawa sendiri katanya. Sudahnya haziq mengadu sakit pinggang. Sian anak umi..

Petang pulak sekolah agama 2.30 - 5.30ptg... rasanya masa umi dulu, 6.30ptg baru abis sekolah. Untung juga bebudak sekarang sebenarnya, 3 jam jer sekolah petang. Balik sekolah agama masih boleh lagi main badminton.

Tapi nilah yang terjadi kat haziq di malam hari... sebelum ni kalau tdo mata haziq mesti bergerak2.. kali ni terpejam rapat dan satu dengkuran pun tak kedengaran heheh...


9

Haziq's 6th Bday

ameeza77 Thursday, July 29, 2010
Baru nak udpate bday haziq tempohari. Sorry abang... hehhe nway, kita masih dalam bulan Julai, so sempatla umi update pics abang kat kindy aritu...

btw, umi terfikir, since kita semua akan makan2 kat umah nyang sabtu nih, maybe umi akan buat kek juga untuk abang. Bahan dalam peti pun byk lagi, lately order kureng, drpd bahan2 tu rosak n terbuang baikla umi buat kek untuk abang, so dapatla abang celebrate for the 2nd time kan :)

The Cake

Food, Goodies n Gifts

The Celebration


2

Exam Datang Lagi!

ameeza77 Saturday, July 17, 2010
Yup! exam datang lagi. Tapi alhamdulillah... tak terasa sgt sebab amek 3 paper jer .. maklumla short sem! Orang dtg kuliah 7 minggu, me pulak datang 4 minggu jer sebab kena chicken pox kan :p Thanks la to one of my lecturer yang panggil me 'late bloomer' tuh ya. Even setakat metaphor pun, kenalah juga tgk situation org rite. Dah penyakit nak datang, bukan me panggil2 pun!

Balik jer uni, me jumpa ramai sgt org x sayang mulut! esp kat library tu kan, aderla org baru yang dapat pangkat tinggi juga la kat library tu, pagi2 dah bikin spoil mood orang! me MC for 2 weeks. Dalam masa yang sama me pinjam buku library. Suppose me return on 30th Jun arituh, tapi me MC sampai 9hb July.

Bila me bawa MC, dia kate kena bayo rm4.20. me tanya kenapa kena bayar sedangkan me MC. Then dia sibok counting backwards starting 9hb Julai ke 30 Jun. Me kate awat nak kira cam tuh, kira jer la dari 10hb tu hingga 14hb hari me nak pulang buku. Memula kate kena bayo 4.2, pastu 1.8, pastu nak masuk system pon terhegeh2 mintak staff bantu.

Tetiba bagi me resit 0.0 pulak .. x yah bayar. 'Dah i bagi free pon nak complaint..' sound dia sinis, i kate sorryla i tak perasan. 'Next time dengar dulu apa orang nak cakap, jgn asek menyampok, sekian, terima kasih!' dia da start tinggikan suara.

me dah angin satu badan, me keep on menyampok sebab pening ngan counting dia tadi. ada cara senang bikin susah! ntah cam ner leh jadi m*****r tah!

part yang paling best dia sound me 'i bukan apa, tapi budak2 ni klu x nak bayo mula la buat mcm2 alasan menipu cakap buku hilangla, lepas tu jumpa kat shelf la..' me kate, my case is different, i MC. 'oh, u MC yer....' sakarstik batul la mamat nih!

me dah x leh sabo, me bagi la sebijik ' excuse me, u ingat service u ni bagus sangat ker n please dont address me as budak next time caused im not budak anymore yer!' now dia tau tune sapa lagi tinggi!

Hah! dapat ko sebijik! hampeh tul la servis kat uni nih. bayo mahal tapi servisnyer ampun mcm 't**k!', sorry to say la yer! itulah hakikatnyer!

klu korang x marah ker, bayo sampi 42,000 tapi servis macam nih! belum lagi wifi yang mcm t**k jugak, bila complaint aseklah tgh upgrade!

campus pon x der! asek pindah randah sana sini, tak malu ker woi! amek duit byk2 salur ke mana yer? bila complaint pon buat dek macam x receive jer email me tuh kan!

sib baikla azam ni masih kuat nak belajar, klu ikot at masa muda2 dulu dah lama me blah!

p/s - entry nih title dia x relate la hihiks!


4

Cuti Semester

ameeza77 Thursday, May 20, 2010
Lamanya tak update blog nih... bukan malas, tapi mood kurang heheh... nama jer cuti, sedar x sedar dah lebih dua minggu bercuti rupanya. Tapi x rasa macam cuti pon, terasa busy sangat! Rutin setiap hari beginilah lebih kurangnya;

Pagi2 hantar budak2 g sekolah, then terus ke umah bonda. klu x ke mana2, amek peluang untuk tengok tv n enjoy bkfes ngan bonda n ayahanda. Yer2, tahu.. asek menternak lemak, tapi nak buat macamana, access to food alamak x leh nak citer klu dah dok kat umah bonda. Klu kat umah x rajin buat air manis, tapi kat umah bonda sgt rajin minum air manis sebab bonda sekejap2 buat nescafe, pastu teh pulak ... adui sedapnyer!

Then around 11.30 bdk kecik 2 org pon balik dari sekolah. Maka riuh rendahla umah dengan suara depa berdua. Sampai jer soh depa mandi, n lepas tuh terus lunch. After lunch nih la activity yang sgt mencabar keimanan berlangsung! Kasik tuisyen kat bdk kecik 2 orang nih. Last month, me spent around rm60 beli activity books for they all. Mesti korang ingat ala, rm60 apalah sgt... well to tell u the truth, buku2 tuh banyak n melambak okeh! sampai bdk kecik 2 org tuh me rasa x cukup napas buat kerja :p

Jgn salahkan umi dia sebab umi dia sgt risau bila telek2 silibus darjah 1. since haziq akan masuk year 1 tahun depan, haziq la yang jadi mangsa utama. Tapi me bangga sebenarnya ngan bdk kecik 2 org nih, memula tuh memang susah nak biasakan depa ngan schedule baru tuh, especially sampai 2 jam straight buat keje kat buku2 tuh ... tapi x per, usaha itu tanda kejayaan, lagipun sementara me cuti nih kan....

Around 2.30... saat2 penyeksaan depa berakhir n depa dibenarkan tdo, tgk tv atau pape la mereka suka. Biasanyer tv or depa main 2 org. Petang klu x panas n windy, depa main kat luo, if not tv lagi. After mandi ptg... around 7 camtuh depa start belajar lagi, sometimes sampai kul 8 - 9. Kijam sungguh umi depa :p

Malam depa dah x larat, otak dah berat, senang sikit depa tdo awal. Me pun dah keletihan n x larat dah nak tengok tv or berfb or berblog sampai pagi hari....

Oh, selain rutin biasa nih.... me sibok membantu adik me yang nak kahwin on coming 30th... sometimes kuo ngan bonda cari brg untuk doorgift, tuk kuih.. tuk barang kek... n sebagainyer. Semalam sehari suntuk bz ngan adik n future SIL mencari bunga paha n bunga telur n barang2 hiasan tuk hantaran....

tghari ... g tailor tempah baju melayu tuk smua lelaki dewasa.... petang pula g ke tempat mak andam n settlekan few things, kerusi tuk makan beradab, check on progress baju pengantin n segala bagai!

uisk... penat tapi seronok...
2

Thalassemia Negative!

ameeza77 Friday, April 23, 2010
Semalam hubby ambil cuti separuh hari, me meme ader 2 revision class pagi tu, x sangka pula last class tu abis lambat. Dekat pukul 2 camtu baru semua selesai. Terpaksa la hubby tgu lama skit. Masuk jer keta, kami terus ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda untuk ambil keputusan ujian thalassemia haiyi.

Alhamdulillah, syukur sgt pada Allah sebab keputusan tu negatif. Sesuatu yang cukup indah untuk didengar petang semalam oleh telinga seorang umi. Tak ader yang lebih indah untuk mengetahui Haiyi sihat :)

Haiyi cuma ada masalah kekurangan zat besi. Itu sebab sistem imun Haiyi x bapa kuat dan dia mudah diserang demam. Doktor sarankan kami salurkan zat besi secara semula jadi iaitu melalui diet seharian. Lepas ni Haiyi kena lah makan broccoli, purple cabbage n ciku banyak2.

Sukar juga nak cater diet Haiyi nih sebab dia terangatla picky. Dia x makan sayur berdaun hijau, dia suka makan buah jer ... terpaksalah umi cari jalan macamana nak bagi Haiyi suka kat sayur hijau lepas nih...

Ops! lupa... ada lagi yang lagi best di sebalik result Haiyi semalam! Lepas nih boleh la Haiyi dapat baby girl, yeay!
4

Haiyi Bday 1 - 4

ameeza77 Friday, April 9, 2010
happy belated bday haiyi.. wah.. tahun nih haiyi sgt2 balas dendam, selama nih haiyi tengok jer haziq celebrate bday di sekolah .. tahun nih tercapailah impiannya. umi buatkan cake dinasour seperti yang haiyi minta.. warna hijau yang juga menjadi permintaannyer jugak..

i guess i dun have to explain further, tengok jer pics haiyi kat bawah nih dah tau dia meme tersangat2la happy nyer ... terima kasih pada wan belikan buku citer bahasa, pja belikan pedang yang dituntut haiyi berhari2, mkngah belikan jam ben10, akak hema n mona 4 the story books, abang asyraf, abg dhana n abg vin 4 jam upin ipin, sis leya bawakan pizzas :), aunty f***** *e sebab bagi ang pau bday!!! haiyi meme hepi sgt2! thanks semua :)


Kek 4 Kindy

Kek @ Tasek Teh

Kek @ Bonda

Haiyi @ Kindy

Haiyi with Haziq

Happy kawan2 nyanyi happy bday song...

Goodies 4 friends...

with my uni friends..

Haiyi with cuzzy Nasyif

Haiyi with sis Haema

Haiyi lepas nap...

Nasyif, mklang to be n Haziq

Syiok makan salad

Jom .. kte nak bbq nih

Sorry, malas nak rotate pic :p

Bday boy with bday aunts..

5

sepinggan lontong dan teh o panas

ameeza77
pagi tadi masa bkfes di kedai, kami didatangi aunty berketurunan cina. melihatkan kadar bongkok dan bilangan putih rambutnya, kami anggarkan aunty tersebut berusia 70an. acli dah byk kali kami terserempak aunty tersebut ketika bkfes, setiap kali dia akan cuba menjual minyak anginnya dengan harga rm6 sebotol. tiap kali dia menjual kami menolak dengan ucapan terima kasih dan dia akan berlalu pergi..

namun hari ini, ketika kami sedap menyuap lontong ke mulut, aunty ini terus mendesak kami membeli minyak anginnya. berkali2 juga kami ucapkan terima kasih namun dia terus terusan mendesak. lalu kami bertanya adakah dia lapar dan hendak makan. auty tersebut bertanya kembali, adakah kami ingin memberinya makan? lalu kami mengunjuk tempat duduk kosong di meja kami.

dalam benak ini terfikir tentulah aunty ini lapar dan hendak makan nasi. lalu kami bertanya adakah dia ingatkan nasi lemak? dia mengunjuk ke arah lontong dan dan teh o suam kepunyaan kami. apabila hidangannya sampai, dia makan dengan tenang...

yang menarik perhatian kami (me n hubby) bukanlah aunty ini. tapi pakcik n makcik yang duduk bersebelahan meja kami. kedua2 mereka dalam lingkungan yang sama dengan aunty tadi, mungkin berusia 60-70an. jelas lagi terang kami terdengar perbualan mereka berdua. si makcik memberitahu suaminya kami berdua memberi makan kepada aunty cina tadi...

si pakcik menjawab... ah biarlah, dia BANYAK DUIT!
 
Copyright 2010 four.of.us